728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, 21 March 2017

    6 Destinasi Paling 'Sweet' Untuk Berbulan Madu




    1.       Pulau Langkawi

    Pulau ini cukup terkenal dengan legenda Mahsuri dan bentuk muka buminya yang menakjubkan. Bagi pasangan yang gemar mendalami sejarah, ia adalah destinasi yang sesuai kerana terdapat pelbagai peristiwa di Pulau Langkawi. Antaranya kejadian beras terbakar, kewujudan telaga tujuh dan kepercayaan Pulau Dayang Bunting yang dikatakan berkesan untuk wanita yang ingin hamil selepas mandi di kawasan tersebut.



    2.       Pulau Redang

    Terengganu memang terkenal dengan keindahan pulau di sekelilingnya. Pulau Redang yang terletak 45 kilometer dari Kuala Terengganu misalnya, menjanjikan destinasi bulan madu termanis buat pasangan yang mencintai keindahan dasar laut. Kejayaan Pulau Redang memenangi Anugerah Tarikan Pelancong Terbaik pastinya membuatkan anda tidak sabar-sabar mengunjungi pulau ini yang menjadi tumpuan bagi aktiviti menyelam.



    3.       Pulau Tioman

    Desiran ombak dan pasir memutih di Pulau Tioman, Pahang ini mampu memberikan seribu satu ketenangan kepada anda dan pasangan. Pemandangan laut membiru di sebalik bukit-bukau menjadi lokasi terbaik buat anda yang mahu lari daripada kesesakan bandar.



    4.       Pantai Cherating

    Satu lagi pantai terkemuka di Pahang yang sentiasa menjadi tumpuan bagi aktiviti berkelah dan snorkel. Selain terpesona dengan alam semula jadi di Cherating, anda juga berpeluang menikmati berbagai-bagai makanan laut dan makanan tradisi masyarakat tempatan. Kewujudan kampung-kampung nelayan dan lambaian pokok kelapa pasti menggamit perasaan seperti berada di kampung halaman. Jika bernasib baik, anda turut berkesempatan melihat penyu bertelur.  



    5.       Pulau Pangkor

    Pulau terkenal di Perak yang kaya dengan pelbagai hasil laut dan pantai yang indah. Pembinaan chalet-chalet mewah berunsurkan Bali dan tradisional dilengkapi kemudahan mandi sauna, jakuzi dan spa memikat hati pasangan pengantin baru untuk beristirahat setelah penat dengan urusan perkahwinan. Cipta kenangan bersama di sini dengan menyertai aktiviti pelayaran atau bercanda di pantai.



    6.       Pulau Sipadan

    Antara pulau bertaraf dunia yang sering dikunjungi pelancong asing untuk menyelam. Pantainya yang jernih dengan kehadiran pelbagai spesies hidupan laut memberi perasaan mengasyikkan. Pulau yang dikelilingi Laut China Selatan ini memberi ruang privasi yang tinggi kepada anda kerana bilangan pengunjung dihadkan demi menjaga keindahan pulau ini.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 6 Destinasi Paling 'Sweet' Untuk Berbulan Madu Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top