728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, 21 March 2017

    5 Sebab Mengapa Wanita Perlu Travel Solo Sekali Seumur Hidup



    Bercakap tentang percutian, kita selalu membayangkan pergi bersama keluarga atau pun teman. Pergi sendiri? Tak mungkin apatah lagi wanita, tentunya soal keselamatan diri menjadi taruhan.

    Lagi pun di mana keseronokan percutian kalau tidak dikongsi. Tapi sebenarnya menurut pengakuan solo travelers terutamanya wanita, tanpa teman ketika percutian, anda boleh menikmati banyak manfaat terutama dalam mengenal diri. Sebab itu juga mereka menyarankan paling tidak sekali seumur hidup wanita perlu melakukannya dan ini sebab yang disenaraikan oleh mereka.



    Belajar menyesuaikan diri

    Kejadian tak terduga tentu menanti ketika anda bercuti. Contoh penerbangan yang tiba-tiba delay hingga menyebabkan semua perancangan yang telah disusun berubah. Jika anda mampu berdepan dengan situasi ini ketika travel sendiri, sudah tentu anda boleh berdepan halangan lain yang tidak dijangka dalam hidup.



    Tingkal skil berunding

    Anda perlu berunding dengan banyak pihak ketika travel sendiri. Contohnya ketika tawar menawar harga pengangkutan, penginapan mahu pun pembelian cenderahati. Mahu tak mahu anda harus melakukannya sendiri dengan penuh keyakinan dan tentunya pengalaman ini mengembangkan kemahiran diri anda.



    Lebih mengenali diri

    Travel sendiri tidak hanya memaksa anda keluar dari zon selesa , tapi juga memasuki zon di luar jangkaan. Tanpa sedar, anda sebenarnya menemui kekuatan dan dapat menakluk kelemahan diri.



    Menambah kenalan

    Ketika bercuti sendiri anda pasti akan bertemu ramai kenalan baru. Cubalah jalinkan persahabatan dengan mereka. Siapa tahu pada masa lain anda boleh merancang percutian ke tempat lain bersama.



    Memberi inspirasi

    Percutian ke negara asing membolehkan anda belajar ragam budaya baru, mana tahu ia boleh member inspirasi atau idea dalam pekerjaan pula. Pengaruh ini akan lebih terasa jika anda traveling sendirian.

    Jadi bagaimana ada berani travel sendiri? Jika sanggup, pastikan anda membuat perancangan yang teliti dan sentiasa utamakan keselamatan diri.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 5 Sebab Mengapa Wanita Perlu Travel Solo Sekali Seumur Hidup Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top