728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday 18 March 2017

    11 Lokasi Di Dunia Yang Pasti Anda Tak Nak Pergi



    Banyak tempat dengan pemandangan menarik yang pastinya ingin di lawati oleh mereka yang suka mengembara. Tapi tak semua tempat menarik itu sanggup dilawati jika ia turut melibatkan beberapa perkara lain seperti lokasi yang sangat curam dan bahaya atau mungkin juga tempat yang meloyakan tekak dan berbau pelik.
    Kami bawakan 11 lokasi yang mana salah satu darinya mungkin akan anda katakan ‘TIDAK’ :
    1. Menikmati pemandangan indah sambil meniti jambatan ‘comel’ di Gunung Hua Shan, China.
    Mungkin ada yang lebih fokus kepada kaki dan tangan dari melihat pemandangan indah di sini. Faktor gayat juga mempengaruhi.

    2. Selfie di Trolltunga, Norway
    lokasi pelik 3
    Terletak 2,300 kaki dari aras Tasik Ringedalsvatnet, Norway. Biasanya di tempat tinggi begini angin yang bertiup juga agak kencang. Selfie? Atau mungkin juga duduk santai ambil kaki terjulur ke bawah? Khabarnya ada yang sanggup cabar diri buat aksi akrobatik di sini. Bagaimana dengan anda?

    3. Bersantai dalam buaian sambil menikmati pemandangan indah di pergunungan Alps, Itali.
    lokasi pelik 4
    Merupakana acara tahunan bagi International Highline Meeting di sini. Semua peserta perlu mengimbangi badan sambil meniti di atas tali untuk sampai ke buaian mereka dan menikmati pemandangan indah di sini. Jika anda ada skill imbangan badan yang bagus, mungkin ini lokasi terbaik untuk anda tunjukkan bakat terendam anda.

    4. Melawat “Pintu Neraka (Door To Hell”)
    lokasi pelik 11
    lokasi pelik 5
    Terletak di Derweze, Ahal Province, Turkmenistan – tempat yang digelar pintu neraka ini di buka sejak 1971 oleh sepasukan jurutera minyak dan gas Soviet Union. Tiada pagar penghadang di sediakan, para pelawat boleh cuba berdiri seberapa dekat yang boleh untuk melihat dan merasai kepanasannya. Lihat saja sekitar kawasan ini. Sebatang pokok pun tak ada.

    5. Gua kelawar di Tamana Caves, Trinidad
    lokasi pelik 12
    Di sini terdapat beribu-ribu kelawar, bukan hanya kelawar yang makan buah, tapi juga kelawar pontianak (vampire bat). Bau nya sudah tentulah semacam. Sanggup?

    6.  Menikmati pemandangan indah di Shanghai Tower, China
    Amacam? Sanggup buat macam lelaki Rusia ni? Baru adventure, kan?

    7. Odessa Catacombs, Ukrain
    lokasi pelik 14
    Dianggarkan panjang terowong ini adalah 2500km dengan kedalaman 60 meter bawah paras laut dan bertingkat-tingkat. Satu ketika dulu terowong ini kuari untuk menggali dan mengumpul bahan binaan bagi pembinaan Odessa.
    lokasi pelik 7
    Pada malam tahun baru 2005, sekumpulan remaja tempatan mengambil keputusan untuk meraikan tahun baru dengan minum sehingga mabuk di dalam terowong ini. Salah seorang dari mereka bernama Masha telah tersesat dalam keadaan mabuk dan mayat beloau hanya dijumpai pada tahun 2007. Dari bedah siasat yang dilakukan didapati Masha meninggal setelah  3 hari sesat di dalam terowong yang gelap dan sejuk dalam keadaan mabuk dan kelaparan.

    8. Trift Suspension Bridge, Switzerland
    lokasi pelik 8
    Ketinggian jambatan yang merentasi Banjaran Swiss ini adalah 330 meter dan panjangnya pula 550 meter. Lebar jambatan hanya 3 kaki. Pemandangan di sini memang sangat cantik. Mungkin ada yang sanggup. Tapi bagi mereka yang gayat, memang tak pandang bawah lah.

    9. Crocosaurus Cove,  Darwin City, Australia
    TRA 4 OCT 08. Crocosaurus, Darwin. Supplied by Crocosaurus Cove.
    Hanya dinding kaca saja jadi penghalang antara anda dan buaya yang besar dan ganas. Pengalaman ‘rare’ ini boleh dirasai di Crocosaurus, Darwin Australia. Memang thrill.

    10. Berenang di tasik yang penuh dengan ribuan obor-obor
    lokasi-pelik-17
    Aha, bagi yang pernah kena sengatan obor-obor pasti ada rasa fobia untuk berenang di tasik di Palau ini. Tapi tak perlu risau, obor-obor ini bukan seperti obor-obor biasa. Oleh kerana kekurangan pemangsa di tasik ini, obor-obor di sini tidak lagi berbisa. Bagi yang inginkan pengalaman berbeza, ini mungkin salah satu yang anda mahu lakukan.

    11. Huayna Picchu, Peru
    lokasi pelik 10
    Jika mahu nikmati panorama Machu Pichu dari lokasi terbaik, di sinilah tempatnya. Cabaran untuk ke sini juga bukan sedikit. Jalan yang teruk dan tak dijaga, tangga yang curam dan altitude yang tinggi menjadikan perjalanan ke sini memerlukan semangat yang tinggi.
    Sumber : Backpakr.org
    Ada lokasi lain yang anda ingin kongsikan dengan kami? Tinggalkan komen di bawah.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 11 Lokasi Di Dunia Yang Pasti Anda Tak Nak Pergi Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top