728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 13 March 2018

    Dr Mahathir Akan Bertanding Atas Tiket DAP




    KUALA LUMPUR 13 Mac - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan beliau sanggup bertanding atas tiket DAP sekiranya pendaftaran parti itu dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).


    Kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP itu sekali gus mengesahkan dakwaan berhubung kemungkinan beliau mengambil tindakan terdesak itu semata-mata untuk memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) serta merealisasikan cita-cita menjadi Perdana Menteri sementara.


    “Saya terbuka mengenai isu ini, malah saya boleh bertanding di bawah parti DAP juga. Mungkin menjadi Presiden DAP,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di bangunan Parlimen hari ini.


    Beliau diminta mengulas sama ada PPBM sanggup bertanding di bawah mana-mana parti dalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP sekiranya partinya terpaksa dibubarkan.


    Semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mendakwa Dr. Mahathir mungkin mengambil tindakan itu kerana tidak yakin untuk bertanding atas logo PPBM yang didakwa tidak mempunyai kekuatan akar umbi, khususnya dalam kalangan orang Melayu. - UO

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Dr Mahathir Akan Bertanding Atas Tiket DAP Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top