Penyanyi dan pelakon terkenal, Elly Mazlein menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kononnya dia melakukan pembedahan bagi mendapatkan payudara yang besar.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi,38, berkata, payudaranya kelihatan montok kerana dia masih memberi susu badan kepada anaknya, Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun.
"Payudara saya asli tanpa sebarang pembedahan. Saya masih mempunyai susu badan jadi tidak mustahil ia kelihatan seperti itu.
"Jika ada pihak yang membandingkan payudara saya yang dahulu, ia adalah kerana ketika itu saya masih anak dara. Sekarang ini saya sudah bergelar seorang ibu.
"Saya bersyukur kerana rezeki Sefhia untuk menyusu badan masih ada. Dengan cara itu, saya dapat menyalurkan lebih kasih sayang kepadanya," jelasnya. - UTUSAN ONLINE
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci