728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, 13 March 2018

    Bayi Dalam Kandungan Mula Kurang Aktif? 3 Cara Ini Bantu Dia Bergerak




    Selepas kandungan mencecah usia 15 minggu, dia akan mula menggerakkan badan dan anggota tubuh badan yang lain. Kebanyakan ibu tidak dapat merasakan pergerakan bayi pada peringkat ini.

    Sekitar minggu ke-16 hingga ke-25, anda mungkin boleh mula merasakan sedikit pergerakan di dalam perut. Apabila ada tendangan bayi dalam rahim ini memberikan keyakinan bahawa anak anda aktif dan sihat.

    Jumlah pergerakan bayi dalam kandungan tidak sama untuk setiap ibu. Sensasi dan tendangan janin juga berbeza sepanjang kehamilan.

    Pergerakan bayi biasanya akan bertambah selepas 32 minggu dan mula mengikut corak pergerakan yang stabil. Tendangan ini sepatutnya dapat dirasakan sehingga hari kelahiran.

    Menghampiri tarikh jangkaan bersalin, anda perlu memantau pergerakan bayi agar dapat memastikan dia selamat dan masih mampu meneruskan kehamilan sehingga tiba masa untuk dikeluarkan.

    Berikut adalah cara yang boleh anda lakukan untuk menggalakkan bayi menendang dalam kandungan.



    1. Baring
    Cuba baring di sebelah kiri, kemudian tumpukan perhatian untuk merasakan pergerakan bayi selama kira-kira dua jam.

    Anda sepatutnya dapat merasakan bayi bergerak sekurang-kurangnya 10 kali. Hubungi doktor anda dengan segera jika jumlahnya kurang dari ini.




    2. Makan atau minum
    Minum segelas jus oren untuk mengejutkan bayi. Makanan juga akan memberi kesan yang sama. Keduanya akan merangsang metabolisme bayi dan menggalakkan pergerakan dan menjafikan dia kerap menendang.




    3. Guna irama muzik
    Dengan cara ini, anda boleh menggalakkan kekerapan bayi menendang. Lagu pilihan jangan terlalu rancak atau dipasang dengan kuat.


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Bayi Dalam Kandungan Mula Kurang Aktif? 3 Cara Ini Bantu Dia Bergerak Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top