Wednesday, 25 October 2023

Tentera darat Israel pengecut


 Abu Hamza, jurucakap bagi Saraya Al-Quds, berkata: "Percubaan tentera musuh Zionis untuk memasuki Semenanjung Gaza akan mengubat hati ribuan pejuang terlatih yang berhasrat untuk menghadapi pasukan musuh. Dunia akan menyaksikan keberanian dan keberanian pejuang Palestin yang memerangi senjata musuh yang kuat, dengan Amerika sebagai Syaitan Besar di belakangnya, dan mereka didorong oleh keyakinan yang tidak membenarkan mereka meninggalkan pertempuran ini kecuali sebagai pemenang."

Saturday, 21 October 2023

1,070 Rakyat Palestin Ditahan Sejak Serangan Bermula


 1,070 Rakyat Palestin Ditahan Sejak Serangan Bermula


Kelab Tahanan Palestin melaporkan bahawa sekurang-kurangnya seramai 1,070 rakyat Palestin dari Tebing Barat telah ditahan di tanah Palestin yang dijajah sejak perang bermula.

Menurut kenyataan kelab tersebut, jumlah tahanan yang direkodkan kali ini merupakan angka yang tertinggi dalam jangka masa beberapa tahun. Ini menjadikan jumlah keseluruhan tahanan Palestin dari awal tahun mencecah 6,500 orang. Kebanyakan operasi penahanan berlaku di Ramallah, al-Khalil (Hebron), Baitul Laham (Bethlehem), Nablus, Ariha (Jericho) dan Baitul Maqdis (Jerusalem).

Ummu Nidal – Ibu Syuhada’ Palestin





Maryam Yusuf Muhsein atau lebih dikenali sebagai Ummu Nidhal dilahirkan di Gaza pada 24 Dis 1949. Beliau adalah seorang pendakwah, pendidik, pejuang dan tokoh pimpinan wanita Palestin bersama Hamas.

Beliau juga dikenali sebagai Khansa’ Palestin, seorang ibu hebat yang telah menyerahkan 4 anak lelakinya untuk menentang penjajah zionis. Tiga daripada anaknya telah syahid, manakala seorang lagi ditahan dalam tempoh yang panjang di penjara Israel.

Keberanian Ummu Nidhal sangat luar biasa. Beliau mengambil risiko yang tinggi untuk melindungi Komander al Qassam yang paling ditakuti Israel, Emad Akel yang dipanggil sebagai “Tujuh Roh” di rumahnya sehingga rumahnya beberapa kali dikepung Israel sehinggalah dibunuh di rumahnya pada 12 Nov 1993 selepas telah bertindak pertempuran dengan Israel.

Pada 2002 beliau telah menghantar anaknya, Muhammad Fathi Farhat, 17 tahun untuk menjalankan operasi serangan istisyhad sehingga berjaya membunuh 9 orang tentera penjajah dan 25 yang lain cedera. Sebelum berpisah, beliau mengucup anaknya dan mengucapkan selamat tinggal sebelum anaknya pergi ke medan dan syahid dalam pertempuran.

Setahun kemudian, 2003, anak sulungnya Komander al Qassam, Nidal Farhat, 31 tahun yang merupakan seorang jurutera peluru berpandu yang telah dibunuh oleh penjajah Israel ketika cuba melengkapkan dron al Qassam (Ababil1), Ummu Nidhal terus bersyukur atas kesyahidan anaknya.

Pada 2005, anak lelakinya yang ke-2, Ruwad Farhat syahid selepas pesawat perang zionis mengebom keretanya di Gaza.

Manakala anak lelaki ke-4, banyak menghabiskan masanya berbelas tahun di penjara Israel.

Rumah Ummu Nidhal sendiri telah 4 kali dibom Israel dan beliau sentiasa menolak tawaran kerajaan Ismail Haneyya untuk membina rumahnya semula.

Ummu Nidhal adalah seorang pendakwah dan guru yang gigih mendidik masyarakat. Beliau juga merupakan seorang tokoh politik wanita Palestin dan pernah diberikan posisi dalam Majlis Perundangan Palestin.

Beliau meninggal dunia pada 17 Mac 2013 ketika berumur 64 tahun, dan jenazahnya telah disembahyangkan oleh Ismail Haneyya, PM Palestin dan para mujahiddin al Qassam serta ribuan rakyat Palestin.

Sebuah sekolah telah dinamakan oleh Kementerian Pendidikan dengan nama Sekolah Maryam Farhat bagi mengingati sumbangannya yang besar dalam perjuangan menentang penjajahan zionis Israel terhadap Palestin.

Semoga semua para ibu bapa dan wanita di luar sana turut mengambil iktibar dan akan bersama berganding bahu untuk membina generasi pejuang yang akan memertabatkan kedudukan Islam dan umatnya di persada tertinggi.

Friday, 20 October 2023

Rakyat Israel juga ketakutan


 ðŸ›‘ TERKINI | Disebabkan takut pada peluru berpandu dari Mujahidin Palestin, penduduk haram Israel mengosongkan penempatan Kiryat Shmona dan Galilee.


Memandangkan terdapat peningkatan serangan di sempadan utara antara Lubnan dan Palestin yang terjajah, media Israel mengatakan bahawa para penduduk haram Israel di Kiryat Shmona telah mengosongkan rumah mereka dan berpindah ke hotel terdekat.


Ketua Penempatan Galilee turut mengadu bahawa mereka berada menginap di hotel atas perbelanjaan mereka sendiri. 


Sumber: Al Mayadeen

Wednesday, 11 October 2023

Pengganas Israel Bunuh Kanak-Kanak










 Pengganas keturunan yang dilaknat dari Israel telah membunuh ramai kanak-kanak Palestine.

Pengganas yang kononnya mempertahankan hak yang dirampas dari Palestine tidak pernah sedar bahawa , para mujahidin sedang berusaha mengambil balik hak mereka yang dirampas sejak sekian lama.

#IsraelCuak

Israel bakal di malukan Palestin

 


Asbab keangkuhan Israel yang ingin melenyapkan bumi Gaza.

Al Qassam kini sedang dalam usaha melumpuhkan Ashkelon dan bakal merampas bumi Ashkelon.

Adakah Benjamin Netanyahu bakal dimalukan sekali lagi? #IsraelCuak

Operation Aqsa Flood : Israel Vs Hamas



1. Media pelbagai sumber melaporkan bahawa US akan bantu Israel untuk menentang Hamas. 

2. US offer bantuan aset seperti kapal perang laut dan pesawat pejuang manakala Israel akan melancarkan serangan melalui darat. 

3. Secara teori, apabila sesuatu tentera berjaya menguasai laut dan udara, maka peperangan darat akan jadi lebih mudah, kerana bantuan kuasa tembakan boleh dilaksanakan 24/7, dan memudahkan kemaraan pasukan darat.

4. Adakah Hamas tidak berpeluang untuk menang? 

5. Hamas berpeluang untuk menang kerana Gaza adalah kawasan yang padat dengan bangunan, dan mempunyai home advantages. Kubu pertahanan sempurna (rujuk battle of Fallujah & battle of Marawi)
6. Menyerang kawasan yang penuh dengan bangunan tinggi adalah malapetaka untuk pasukan darat kerana musuh mampu bergerak bebas dan menyerang secara tersembunyi. 

7. Belum lagi cerita IED yang ditanam di jalanan, atau tawanan perang yang diletakkan secara random dalam bangunan. 

8. Tentera Israel tak akan berani sesuka hati untuk letupkan mana mana bangunan, kerana kawan-kawan mereka atau pegawai mereka kemungkinan ada di situ. 

9. Hamas dilihat telah mempamerkan kaedah Psychological Warfare yang berkesan dimana mampu mengganggu emosi musuh untuk bertindak pantas. 

10. Semasa ciapan ini ditulis, Israel declare mahu putuskan bekalan elektrik dan air ke dalam Gaza. Adakah ini melemahkan penduduk Gaza? Ya, penduduk Gaza akan lemah. Tetapi tindakan ini juga sebenarnya akan menyusahkan pasukan darat Israel kerana mereka pun tiada sumber asas untuk digunakan jika berada 'deep in enemy line'

11. Perang di Gaza ini hanya boleh dimenangi oleh pasukan yang kuat imannya. insyAllah