1,070 Rakyat Palestin Ditahan Sejak Serangan Bermula
Kelab Tahanan Palestin melaporkan bahawa sekurang-kurangnya seramai 1,070 rakyat Palestin dari Tebing Barat telah ditahan di tanah Palestin yang dijajah sejak perang bermula.
Menurut kenyataan kelab tersebut, jumlah tahanan yang direkodkan kali ini merupakan angka yang tertinggi dalam jangka masa beberapa tahun. Ini menjadikan jumlah keseluruhan tahanan Palestin dari awal tahun mencecah 6,500 orang. Kebanyakan operasi penahanan berlaku di Ramallah, al-Khalil (Hebron), Baitul Laham (Bethlehem), Nablus, Ariha (Jericho) dan Baitul Maqdis (Jerusalem).
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci