Zahid Hamidi 'Pemberat' Umno
Ketika akar umbi dan beberapa pemimpin dalam parti bersuara mengenai kedudukan Zahid sebagai 'pemberat' UMNO untuk berada selesa, ada pula yang tidak senang duduk.
Suara akar umbi dapat didengari setiap kali dimeja kopi.
Mereka tidak segan silu meletakkan Zahid sebagai 'pemberat' untuk UMNO lebih kedepan bagi menghadapi lawan.
Situasi ini dipercayai sampai kepada Zahid yang juga presiden parti terbesar ahli Melayu.
Ada yang menganggap akar umbi tidak mampu goyang pemimpin yang berakar umbi kecuali perwakilan pada pemilihan UMNO yang akan datang.
Pendapat bersuara, yang meletakkan mereka yang berakar umbi dikerusi jawatan dalam parti adalah perwakilan, manakala akar umbi dan pengundi berdaftar menentukan kedudukan kerusi Parlimen dan DUN.
Bagi mencantik dan melancarkan sokongan kepada UMNO, pemimpin-pemimpin yang di label sebagai 'pemberat' patut sedar diri kerana akar umbi mahu meneruskan perjuangan tanpa sinisan sebagai penyokong kluster mahkamah.
Bagi pejuang-pejuang cyber politik, anda jangan syok jadi penerima dedak, ledakkan musuh parti yang disokong, bukan mempertahankan kedudukan mereka yang dianggap 'pemberat' kepada UMNO.
UMNO perlu muka baru sebagai peneraju agar lebih bersinar pada masa depan.
Laungan yang dibuat pucuk pimpinan dalam Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini iaitu meremajakan parti tetapi ia tidak seperti apa yang dikatakan, yang ada kluster mahkamah disanjung.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci