Saturday, 3 April 2021

PAS UMNO, Noh Omar Macam Tak Cerdik


**- Tan Sri Noh Omar, "Elakkan logo Barisan Nasional (BN) dan Pas bertembung semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti." - Siaran Sinar Harian online

1- PAS berada dalam barisan sebuah entiti politik berdaftar iaitu Perikatan Nasional (PN ). Seperti juga dengan UMNO dalam Barisan Nasional (BN )

UMNO bertanding atas tiket BN, takkan PAS bertanding atas tiket PAS pada PRU-15 nanti, sedangkan PAS sah bersama Bersatu dan Gerakan dalam barisan PN sudah tentu logo PN digunakan sebagaimana UMNO guna logo BN.

**- Noh Omar berkata, kaedah yang digunakan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) di beberapa kawasan sebelum ini perlu diteruskan oleh BN dan Pas.- Siaran Sinar Harian online

2- Keadah yang dinyatakan Noh tidak boleh lagi diguna pakai, kerana pada waktu itu PAS tidak berada pada mana-mana entiti politik berdaftar seperti BN dan PN.

**- Noh Omar "Apabila UMNO letak calon, Pas jangan letak calon. Itu yang kita buat semasa PRK Selangor seperti di Sungai Kandis, Seri Setia dan Semenyih.

3- Sekiranya itu pandangan agar UMNO dan PAS tidak bertembung, adalah lebih baik PAS keluar PN dan bertanding lawan bekas rakan sekutunya.

** Noh Omar- "Prinsip ini sangat mudah, tiada pertembungan tetapi jika parti lain nak letak calon maka kita harus lawan.

Kalau UMNO nak lawan parti lain, Pas kena tolong, begitu juga sebaliknya,"- Siaran Sinar Harian online

4- Rasanya tak layak bincang atau sentuh soal prinsip sekiranya masih berharap pada PAS, jika PAS berpegang pada prinsip parti itu tidak minum di dua kolam pada masa sama. Secara jelas, PAS sudah atau telah menghampiri atau melepasi garisan, apa lagi yang mahu diharapkan. Pemimpin UMNO seperti Noh Omar sepatutnya berbesar hati menerima kenyataan yang PAS seperti lembu mencari padang ragut. 

CODE**Noh Omar- Pas dan UMNO perlu saling membantu seperti yang dipersetujui dalam MN sebelum kewujudan Perikatan Nasional (PN).

"Walau apa pun yang akan berlaku, kalau betul kita nak perpaduan Melayu kita kuat, prinsip yang saya pegang di Selangor adalah Pas dan UMNO jangan bertembung. 

"Kalau Pas dan UMNO boleh mengelak bertembung, maka hasrat perpaduan akan tercapai, " katanya. -Siaran Sinar Harian online

5- CODE** Kekuatan UMNO negeri Selangor masih tidak boleh dibanggakan walaupun perhubungan negeri silih berganti. 

Boleh di intai terjemah pada  ayat "prinsip yang saya (Noh Omar ) pegang di Selangor adalah Pas dan UMNO jangan bertembung". 

Jika meneliti perangai parti PAS, prinsip yang di pegang Noh Omar akan tergolong dalam mitos Mat Jenin.

Ini kerana PAS sudah di tumbuhi dua lidah dalam satu rongga mulut.




No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci