728x90 AdSpace

Friday, 3 April 2020

Dr Jerip positif COVID-19, berjangkit daripada pekerjanya

KUCHING: Menteri Muda Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil (gambar) kini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas disahkan positif COVID-19.


Dr Jerip ketika dihubungi Utusan Borneo hari ini berkata beliau dimasukkan ke HUS malam tadi.

“Memang sah. Saya sekarang di HUS dan telah dikuarantin sejak malam tadi sehingga 14 hari,” katanya.

Ditanya kluster jangkitan, Dr Jerip yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong berkata ia dari Good News Fellowship Conference Church.

Katanya, seorang daripada pekerjanya merupakan positif COVID-19 dari kluster tersebut dan menjangkiti beliau.
-Utusan Borneo

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 Comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

Item Reviewed: Dr Jerip positif COVID-19, berjangkit daripada pekerjanya Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu