Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berjoging di taman permainan Flat Meranti, Bandar Sri Damansara di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata lelaki berusia 20 tahun itu ditangkap selepas tidak mengendahkan arahan supaya beredar oleh sepasukan anggota polis yang membuat pemantauan PKP, kira-kira jam 12.20 tengah hari.
“Selain itu, kita turut menahan sembilan individu lain di sekitar daerah ini kerana ingkar arahan PKP selepas gagal memberi alasan munasabah serta ada yang ditangkap kerana melepak secara berkumpulan.
“Kesemua 10 individu terbabit termasuk dua warga asing, masing-masing seorang warga Indonesia dan seorang warga Bangladesh di beberapa lokasi di Petaling Jaya antara jam 11 pagi semalam sehingga 10.30 pagi tadi.
“Empat daripadanya ditahan semasa melalui sekatan jalan raya (SJR) iaitu di Persiaran Surian - Pelangi Damansara; Plaza Tol Sungai Buloh - Damansara Damai, Plaza To Subang - Kelana Jaya dan Plaza Tol PJS 2 – Petaling,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya lagi, tiga lagi ditahan kerana melepak di taman permainan Jalan Sepah Puteri, Kota Damansara dan dua lagi ditahan di lorong belakang sebuah kedai barang lusuh di Jalan PJS 3/6.
“Kesemua tangkapan disiasat mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
“Secara keseluruhan, seramai 157 individu ditahan di daerah Petaling Jaya sepanjang PKP dilaksanakan dengan 80 kertas siasatan dibuka dan seramai 17 orang sudah dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya,” kata beliau lagi.

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci