728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 7 April 2020

    COVID-19: Jepun isytihar darurat hari ini

    Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, hari ini akan mengisytiharkan perintah darurat kesihatan di beberapa lokasi termasuk Tokyo berikutan peningkatan penularan wabak COVID-29.

    Abe yang mengumumkan pelan itu semalam, berkata terdapat kenaikan mendadak bagi kes jangkitan baharu terutama di bandaraya Tokyo dan Osaka.

    Kerajaan mendapat kelulusan untuk mengisytiharkan darurat daripada pasukan petugas khas yang diwujudkan bagi melaksanakan pemantauan berhubung situasi kesihatan semasa.

    Perintah darurat itu membabitkan tujuh wilayah iaitu Tokyo, Chia, Kanagawa, Saitama, Osaka, Hyogo dan Fukuoka.

    Ia sekali gus memberi kuasa kepada gabenor di wilayah yang terbabit untuk meminta penduduk kekal di rumah dan menggesa oerapasi perniagaan ditutup dalam tempoh berkenaan.

    Abe dijangka akan mengumumkan perkara itu lewat hari ini dan perintah itu berkuat kuasa bermula tengah malam ini.

    Dijangkakan perintah kuarantin ini akan dilaksanakan selama sebulan.

    Sementara itu, Gabenor Tokyo, Yuriko Koike, yang menggesa supaya segera diisytiharkan perintah darurat di wilayah itu berharap penduduk di Tokyo akan memberikan kerjasama bagi mengehadkan pergerakan masing-masing.

    “Ia mungkin menyulitkan pergerakan seharian, tetapi saya minta semua penduduk memberikan kerjasama kerana ia membabitkan soal nyawa,” katanya kepada wartawan.

    Dalam perkembangan lain, jurucakap kerajaan, Yoshihide Suga, berkata operasi pengangkutan awam tidak akan dihentikan, sebaliknya kerajaan akan mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan risiko terutama kontak sesama penumpang.

    Setakat ini, Jepun mencatatkan sebanyak 4,000 kes positif COVID-19 dengan 80 kematian. - AFP

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: COVID-19: Jepun isytihar darurat hari ini Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top