Thursday, 30 April 2020

Lelaki Rohingya Terlibat Pecah Rumah Ditahan


KULAI - Polis berjaya menumpaskan kumpulan etnik Rohingya yang melakukan pecah rumah sekitar daerah ini sejak tahun lalu selepas menahan tiga suspek dalam serbuan berasingan di inap desa dan dua buah rumah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, menerusi serbuan pada jam 8 malam kelmarin hingga 3 pagi semalam, polis menahan tiga lelaki etnik Rohingya berumur 20 hingga 32 tahun bersama-sama dua kanak-kanak perempuan berusia 8 dan 9 tahun.

"Mereka terlibat dengan beberapa kes pecah rumah dan kes terbaharu di Indahpura di sini pada 26 April lalu dan mangsa berusia 40-an membuat laporan polis jam 6.30 petang pada hari yang sama.

"Menerusi serbuan itu pihak polis merampas antaranya dua buah kereta, peralatan pecah rumah, wang tunai pelbagai negara, buku bank, pasport, barang kemas dan dua komputer riba yang semuanya bernilai lebih RM80,000," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai di sini hari ini.

Menurutnya, modus operandi mereka adalah dengan memecah masuk rumah melalui pintu depan dan tingkap rumah mangsa dengan menggunakan pemutar skru sebelum menyelinap masuk pada waktu siang dan malam.

Antara barang rampasan kes pecah rumah yang dilakukan kumpulan Rohingya pada sidang akhbar di IPD Kulai, Kulai, Johor hari ini.

Antara barang rampasan kes pecah rumah yang dilakukan kumpulan Rohingya pada sidang akhbar di IPD Kulai, Kulai, Johor hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengesan dua dalang utama kumpulan itu yang dikenali sebagai Abdullah, 32, dan Norjan, 20, yang masih bebas manakala dua kanak-kanak itu sudah dibebaskan kerana tidak terlibat dengan kegiatan tersebut.

"Kanak-kanak tersebut merupakan anak tiri kepada salah seorang suspek yang ditangkap. Siasatan mendapati mereka sudah melakukan 10 kes pecah rumah di kawasan Indahpura, Bandar Putera, Saleng dan Senai sejak November tahun lalu hingga kini," katanya.

Beng Yeow berkata, ada di antara suspek berkenaan memiliki kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) sementara yang lain tidak memiliki sebarang dokumen.

"Polis juga masih menyiasat semua suspek yang tidak memiliki pekerjaan itu sudah berapa lama tinggal di negara ini," katanya.

Katanya, tiga suspek tersebut direman selama enam hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun atau denda atau sebatan.

Scam: Penolong Pengurus Kilang Rugi RM84,950

KUANTAN - Seorang penolong pengurus kilang kerugian RM84,950 selepas diperdaya sindiket penipuan kiriman bungkusan atau Parcel Scam, Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 42 tahun mendakwa menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada seorang lelaki memperkenalkan dirinya dari syarikat Ekc Delivery Servis yang memaklumkan terdapat satu bungkusan milik mangsa mengandungi beg berjenama.

Menurutnya, suspek kemudian meminta mangsa membuat pembayaran cukai sebanyak RM9,150 bagi melepaskan barang itu sampai kepadanya.

"Mangsa seterusnya memberitahu bahawa dia tidak pernah membuat pesanan dari Amerika Syarikat, bagaimanapun suspek mengugut akan membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyebabkan mangsa membuat transaksi wang berjumlah RM9,150 ke dalam satu akaun diberikan suspek pada hari sama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak cukup dengan itu, suspek sekali meminta mangsa membuat transaksi wang dengan pelbagai alasan termasuk memudahkan bungkusan diterima.

"Mangsa tanpa berfikir panjang terus membuat dua kali lagi pindahan wang ke dalam dua akaun berbeza menjadikan jumlah keseluruhan wang diserahkan kepada sindiket itu sebanyak RM84,950," katanya.

Bagaimanapun katanya, mangsa kemudian menyedari menjadi mangsa penipuan sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, pihaknya mengingatkan orang ramai supaya tidak sesekali terperdaya dengan taktik penipuan seumpama itu dan meminta semakan dibuat sekiranya mereka dikaitkan dengan mana-mana pihak berwajib seperti Kastam dan syarikat kurier yang dinyatakan dengan menghubungi telefon sahih bagi mendapatkan kepastian sama ada wujud atau tidak bungkusan terbabit.

Tidak Mengaku Rogol Wanita Mongolia

PETALING JAYA - Seorang inspektor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap sembilan pertuduhan merogol dan cubaan cabul dua wanita warga Mongolia berusia 20 dan 36 tahun, awal bulan ini.


Hazrul Hizham Ghazali, 30, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, didakwa atas enam pertuduhan merogol mangsa pertama, dengan menggunakan kuasa sebagai pegawai kanan polis bagi mendapatkan kerelaannya.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di bilik 203 di sebuah hotel di Petaling Jaya, antara jam 12.30 tengah malam hingga 1 petang, 11 April lalu.


Bagi setiap kesalahan, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(f) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa dengan satu pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa, dengan maksud hendak mencabul kehormatannya, di khemah Sekatan Jalan Raya NPE PJS 2, di sini pada jam 5.30 hingga 6.15 petang, hari yang sama.

Sementara dua lagi pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa kedua, dengan menggunakan kuasa sebagai pegawai kanan polis bagi mendapatkan kerelaannya, di bilik dan lokasi sama, pada jam 7 dan 11 pagi, hari sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah mencadangkan tertuduh tidak ditawarkan ikat jamin atas alasan kesalahan yang dilakukan oleh seorang penjawat awam adalah serius.

Bagaimanapun, peguam tertuduh, Shah Rizal Abdul Manan memohon ikat jamin dibenarkan dengan alasan, tiada risiko untuk tertuduh melarikan diri dan sembilan pertuduhan rogol dan cabul dua wanita Mongolia itu mungkin dibicarakan secara serentak.

Hakim, Norshila Kamaruddin membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM 24,000 bagi semua pertuduhan merogol manakala RM3,000 bagi pertuduhan mencabul dan menetapkan sebutan kes pada 2 Jun depan.

ARTIKEL BERKAITAN:Inspektor polis didakwa memperdagangkan dua wanita Mongolia

Semalam, dia dituduh dengan dua pertuduhan di Mahkamah Klang atas dakwaan memperdagangkan dua wanita berkenaan bagi tujuan eksploitasi seks.

Bagi pertuduhan berkenaan, mahkamah membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM 20,000 dan sebutan kes pada 17 Jun depan.

Empat Beranak, Dua Penyewa Kongsi Diami Rumah Usang

MELAKA TENGAH - Siapa sangka dalam sebuah rumah usang yang bumbungnya hampir menyembah bumi di Bandar Kaba di sini, didiami empat beranak bersama dua penyewa lain iaitu seorang ibu tunggal dan seorang saudara baharu.

Effandi Abdul Rahim, 50, yang bekerja sebagai pekerja am membersihkan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Cina berkata, lebih lima tahun dia mendiami rumah yang disewa tersebut bersama isteri, Noraini Yusof, 37, dan dua orang anaknya berusia 14 tahun serta 17 tahun.

Menurutnya, disebabkan kesempitan hidup dia tidak mampu menyewa rumah lain dan terpaksa tinggal di rumah usang yang sudah reput dimamah anai-anai.

Katanya, dengan keadaan rumah yang uzur, dia juga sering kali tidak dapat melelapkan mata disebabkan bimbang sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini lebih-lebih lagi cuaca kerap hujan sejak kebelakangan ini.

"Situasi sekarang ini sukar untuk kami tidur lena kerana keadaan rumah yang bila-bila masa sahaja boleh roboh selain atap bocor, malah risau ancaman binatang berbisa seperti ular, dan pernah ular tedung dan ular sawa masuk dalam rumah ini.


"Sebelum ini kami membayar sewa sebanyak RM150 sebulan, namun sejak tanah ini telah dibeli pemaju jadi kami tidak lagi perlu bayar sewa.

"Walaupun tak bayar sewa tapi wang yang ada cukup-cukup makan untuk kami meneruskan kelangsungan hidup," katanya yang berasal dari Ulu Klang, Selangor.

Noor Azman (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Effandi ketika turun padang melawat keluarga itu di Banda Kaba, Banda Hilir di sini hari ini.

Noor Azman (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Effandi ketika turun padang melawat keluarga itu di Banda Kaba, Banda Hilir di sini hari ini.

Tambahnya, kerana kekangan kewangan juga, dia sekeluarga terpaksa berkongsi bilik air dengan dua penyewa lain yang dianggap seperti keluarga sendiri.


Menurutnya, bubur nasi sering menjadi menu harian untuk mereka mengalas perut terutama sekiranya terputus bekalan makanan.

"Saya berharap Ramadan kali ini memberi sinar kepada kami sekeluarga untuk mendapat tempat tinggal yang lebih baik dan selesa," katanya.

Seorang lagi penyewa, Ainul Mardhiah Juamin, 29, yang memeluk Islam sejak dua tahun lalu mengakui faktor kekangan kewangan membuatnya terpaksa tinggal menyewa di rumah kayu lima bilik itu.

Ainul Mardhiah berkata, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). dia tidak dapat meneruskan pekerjaannya sebagai pembantu kedai di Dataran Pahlawan dan hanya bergantung kepada wang simpanan untuk meneruskan kehidupan.



Menurutnya, dia juga pernah membuat permohonan mendapatkan bantuan saudara baharu melalui permohonan dalam talian, namun dimaklumkan permohonan telah penuh.

"Sejak daripada itu saya tak tahu untuk membuat permohonan di mana, dan saya berserah pada ALLAH bila terpaksa tinggal dalam keadaan rumah yang uzur," katanya yang berasal dari Ranau, Sabah.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Noor Azman Hassan yang turun padang menghulurkan sumbangan berkata, pihaknya akan memanjangkan nasib keluarga itu kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk mendapatkan pembelaan memandangkan mereka ini termasuk sebuah lagi keluarga yang tinggal bersebelahan rumah tidak pernah mendapat bantuan bulanan ataupun bantuan makanan daripada agensi itu.

"Baru semalam saya mendapat laporan yang mengatakan masih ada keluarga daif tinggal di kawasan bandar dan kedua-dua rumah itu mereka telah tinggal lebih lima tahun.

"Saya berharap MAIM memandang serius permasalahan mereka yang sebelum ini mereka hanya mendapat bantuan kecemasan bila terputus bekalan makanan," katanya.

Noor Azman ketika melihat keadaan rumah yang didiami empat beranak itu selain turut disewa oleh seorang saudara baharu dan ibu tunggal di Banda Kaba, Banda Hilir di sini hari ini.
Noor Azman ketika melihat keadaan rumah yang didiami empat beranak itu selain turut disewa oleh seorang saudara baharu dan ibu tunggal di Banda Kaba, Banda Hilir di sini hari ini.

Kenyataan Berenang Bersama Lelaki Boleh Hamil Pegawai Dipecat Jokowi

Presiden Indonesia Jokowi telah memecat Sitti Hikmawatty dari jabatannya sebagai Komisioner Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI).

Keputusan pemecatan secara tidak hormat itu dibuat oleh Jokowi pada 24 April 2020.



Difahamkan, pemecatan Sitti telah diusulkan susulan Sitti mengeluarkan kenyataan bahawa perempuan boleh hamil jika berenang di kolam renang awam pada Februari lalu.

Kenyataan Sitti itu dianggap sebagai melanggar empat kod etika KPAI. Antaranya, kenyataan Sitti itu tidak mempunyai rujukan yang tepat bagi menyokong kenyataan yang dikeluarkan itu.

KPAI kemudian menyarankan Sitti meletak jawatan secara sukarela atau berdepan dengan tindakan dipecat. Tetapi Sitti enggan berbuat demikian dan memilih membawa perkara itu kepada Presiden Jokowi.

Dalam kenyataan kontroversi sebelum ini, Sitti mendakwa kehamilan boleh berlaku pada perempuan yang berenang dengan golongan lelaki di kolam renang awam (kehamilan tidak langsung/tidak bersentuhan).

“Ada jenis seperma tertentu yang sangat kuat. Walaupun tidak berlaku persetubuhan tetapi ada lelaki teransang dan mengeluarkan sperma.

“Lebih-lebih lagi kalau perempuan itu pula sedang berada dalam waktu subur. Ia berkemungkinan besar boleh berlaku,” katanya.

Kenyataan Sitti itu turut disiarkan media antarabangsa menyebabkan Indonesia mendunia seketika dan menjadi bahan ketawa banyak pihak.

Saturday, 25 April 2020

Majlis Rohingya Gesa Malaysia Pertimbang Dasar Tolak Bot Pelarian


PETALING JAYA: Duta Majlis Rohingya Eropah ke Malaysia, Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi menggesa Putrajaya mempertimbangkan semula dasar menolak bot sarat dengan pelarian Rohingya daripada memasuki perairan negara.

Ini susulan 2 laporan pihak berkuasa menghalang kemasukan bot pelarian Rohingya minggu ini, dengan kawalan kemasukan lebih ketat akibat Covid-19 yang dinyatakan dalam kedua-dua kejadian itu.

“Walaupun kami memahami cabaran dihadapi kerajaan Malaysia ketika penularan itu (Covid-19), kami ingin meminta kerajaan Malaysia mengubah fikiran atas dasar kemanusiaan bagi minoriti paling tertindas di dunia menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Kami meminta kerajaan di rantau ini, khasnya anggota Asean, membenarkan mereka mendarat dengan selamat (dan) untuk segera bersetuju dengan langkah kecemasan bagi mengelakkan satu lagi krisis kemanusiaan sambil bertolak ansur terhadap sekatan Covid-19 sedia ada di sempadan mereka.”



Tentera Laut Diraja Malaysia menyekat sebuah bot yang membawa kira-kira 200 pelarian Rohingya daripada memasuki perairan negara pada 16 April lalu.

Sehari sebelum itu, pegawal pantai Bangladesh memintas sebuah kapal pukat tunda sarat dengan pelarian Rohingya yang didakwa mangsa terselamat, bot itu terkandas di Teluk Benggala lebih 2 bulan selepas dihalang memasuki perairan Malaysia.

AFP memetik pelarian terselamat sebagai berkata, 60 etnik Rohingya maut dalam bot yang sarat dengan ratusan orang itu dan “mayat mereka dibuang ke laut”.

Lebih 740,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh selepas keganasan etnik dan agama di Myanmar pada 2017 yang menyebabkan negara itu didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai di mahkamah tertinggi PBB pada Januari lalu.

Sementara itu, Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) menggesa PBB dan Asean memberi tekanan kepada Myanmar untuk “menghentikan serangan genosid ke atas Rohingya dan memberi kewarganegaraan kepada etnik Rohingya di Myanmar”.

“PBB dan Asean perlu menangani punca masalah ini secara khusus. Jika tidak, Asean akan terus menerima bot yang sarat dengan pelarian,” kata Presiden Merhrom, Zafar Ahmad Abdul Ghani dalam kenyataan hari ini.

KKM Sahkan 51 Kes Baharu dan 2 Kematian





PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa sebanyak 51 kes positif Covid-19 baru dicatatkan setakat jam 12 tengah hari, Sabtu (25 April 2020).

Pertambahan 51 kes positif baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 5,742 kes.



Daripada jumlah tersebut, seramai 36 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 16 daripadanya kini memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, KKM juga turut berdukacita untuk memaklumkan bahawa terdapat dua pertambahan kes kematian yang berkaitan dengan Covid-19 pada hari ini.

KKM juga turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka yang meninggal dunia akibat virus Covid-19 ini.

Kerana 'Alkohol dan Dadah' Rempuh Sekatan Langgar Anggota PGA


LAHAD DATU: Remaja perempuan dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan positif dadah merempuh sekatan jalan raya (SJR) lalu melanggar anggota Pasukan Gerakan Am (PGA)di Jalan Muhibbah, dekat Lahad Datu, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.40 tengah malam itu, anggota PGA berkenaan dilaporkan parah akibat turut terseret selepas dirempuh.

Manakala, suspek berusia 18 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, sebelum kejadian suspek dipercayai baru balik dari rumah rakannya tidak jauh dari SJR berkenaan dan memandu dalam keadaan mabuk.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, suspek tidak dapat mengawal kenderaan lalu merempuh dan menyeret seorang anggota polis sejauh kira-kira tujuh meter.

“Akibat kejadian, mangsa berkenaan mengalami patah tangan kanan dan cedera di dahi.

“Sejurus kejadian, mangsa dikejarkan ke Hospital Lahad Datu dan kini sedang menerima rawatan lanjut.

“Sementara itu, siasatan awal mendapati suspek dipercayai memandu laju dalam keadaan mabuk,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian, hari ini. – Harian Metro

Garan-Gara Ditegur Abang Tetak Adik Dengan Parang


TELUK INTAN - Seorang lelaki cedera ditetak dengan parang panjang oleh abang kandungnya sebelum berbuka puasa di sebuah rumah di Kampung Kota Setia di sini semalam.


Kejadian yang berlaku jam 7 petang itu menyebabkan mangsa berusia 38 tahun mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, siasatan awal pihak polis mendapati kejadian berpunca daripada pertengkaran mulut di antara mereka selepas suspek bertindak memarahi ibunya sehingga menangis.


Menurutnya, berang dengan keadaan itu, suspek yang berusia 42 tahun bertindak menetak mangsa menggunakan parang panjang sebanyak lima kali menyebabkan kecederaan di bahagian jari tangan kiri, lengan kiri, kaki kiri dan belakang badan.

Mangsa yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan kini dirawat di Hospital Teluk Intan. - Foto IPD Perak Tengah
Mangsa yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan kini dirawat di Hospital Teluk Intan. - Foto IPD Perak Tengah
"Mangsa telah dibawa Hospital Teluk Intan untuk menerima rawatan selain turut menjalani pembedahan kecil di bahagian jari tangan kiri.

"Selepas kejadian itu, suspek kemudiannya telah melarikan diri dan usaha mengesan individu tersebut sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Barudin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 326 dan 326A Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata.

Friday, 24 April 2020

COVID-19: Bincang Pakej Khas Bantu Syarikat Pemula Niaga

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bekerjasama dengan Kementerian Kewangan (MOF) dalam menyediakan pakej khas bagi syarikat pemula niaga untuk membantu mereka berdepan impak COVID-19.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata kajian pihaknya mendapati 40 peratus daripada syarikat pemula niaga di Malaysia akan kehabisan tunai dalam tempoh dua bulan akan datang.

"Kami sedang mengadakan perbincangan berterusan dengan MOF untuk melihat sama ada sesuatu boleh diumumkan bagi sektor teknologi terutama syarikat pemula niaga, dengan segera.

"Saya juga akan mengumumkan sesuatu minggu depan," katanya pada sesi perbincangan dengan Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia di sini, hari ini.

Kementerian itu, katanya, mengadakan perundingan dengan syarikat teknologi dan pemula niaga bagi mendengar permasalahan mereka.

"Di bawah kementerian saya, kami juga mempunyai ekosistem pembiayaan bagi syarikat pemula niaga dan agensi pembiayaan itu adalah Cradle Fund Sdn Bhd, Malaysia Venture Capital Management Bhd (MAVCAP) dan Malaysian Debt Ventures Bhd.

"Kami bekerjasama rapat untuk melihat bagaimana boleh membantu syarikat teknologi kekal bertahan," katanya.

Menurutnya, MOSTI akan terus mengadakan perbincangan dengan syarikat EU untuk membantu sektor teknologi tempatan mendepani impak daripada COVID-19. - BERNAMA

Anak 'Bangsat' Belasah Ibu

LAHAD DATU: Lelaki berusia 22 tahun sanggup memukul ibu kandungnya semata-mata selepas dinasihati wanita berkenaan.

Suspek dilaporkan memukul belakang ibu kandungnya berusia 44 tahun di bahagian belakang badan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, kejadian berlaku di Kampung Tanjung Paras, 21 April lalu.

Menurutnya, kejadian berlaku pada 7 malam, apabila suspek yang mahu memakan ikan bilis mentah dengan cuka dan lada dinasihatkan ibunya supaya menghabiskan baki makanan sama yang dimasak tengah hari

“Suspek tiba-tiba marah dan menghempas ikan bilis yang sedang dipegangnya sebelum membuang cuka dan lada di lantai.

“Mangsa menghidangkan makan malam seperti biasa dan suspek mengambil makanan lalu makan di ruang tamu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nasri berkata, mangsa kemudiannya pergi ke ruang tamu untuk menasihati suspek.

“Suspek tiba-tiba mengamuk lalu menghempas makanannya lalu bangun dan menengking ibunya.

“Dia yang hilang kawalan kemudian memukul belakang ibunya menggunakan tangan sebelum dihalang saudaranya yang lain.

“Apabila keadaan reda, suspek tidur di ruang tamu dan pada jam 11 malam, suspek bangun, dan pergi ke dapur untuk memasak,” katanya.

Katanya, semasa di dapur suspek sekali lagi menghempas barangan dapur sebelum mangsa menghubungi polis melaporkan kejadian berkenaan.

“Suspek ditangkap dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan / 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994,” katanya. – HMetro

Harga RON95 dan RON97 Kekal, Diesel Turun

Harga runcit petrol bagi RON95 dan RON97 terus kekal manakala diesel turun tiga sen berkuat kuasa 25 April sehingga 1 Mei depan.

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, harga runcit bagi RON95 dan RON97 ialah RM1.25 seliter dan RM1.55 seliter bagi tempoh berkenaan manakala harga runcit diesel adalah RM1.40 seliter.

Ustaz Ebit Lew Mahu 'Berehat'

Sejak kebelakangan ini, nama penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew menjadi bualan hangat di media sosial kerana tampil menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan tanpa mengira kaum dan agama.

Bagaimanapun, Ebit Lew berkongsi kesedihannya kerana niat disalaherti dan membuat keputusan 'berehat' untuk memberi bantuan secara langsung kepada golongan yang memerlukan itu.

Ebit turut memuat naik status di Facebooknya hari ini, "Saya minta maaf pada semua. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung.


"Saya cuma akan transfer (pindahkan) duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), baru saya cuba bantu.

"Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadan pada semua. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya reda. Saya minta maaf pada semua ye. Saya salah. Kepada ALLAH saya berserah."

Menurut Ebit Lew, kisah membantu golongan memerlukan dimuat naik di laman sosial sekadar berkongsi rasa kasih sayang dengan semua.

"Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua.

"Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di Facebook saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke. Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz saya bayarkan yuran mereka.

"Saya terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal," katanya.

Ebit Lew juga berkata, beliau membelanjakan sejumlah wang simpanannya bagi menyelamatkan mereka dalam kesusahan.

"Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang di mana-mana. Masa PKP ini dah berjuta habis. Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan.

"Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk petugas barisan hadapan," katanya.

Dalam pada itu, dengan rasa rendah diri, Ustaz Ebit Lew memberitahu, beliau bukan sesiapa cuma Cina Islam yang sayangkan Islam dan Malaysia.

Sehingga jam 5.30 petang, posting beliau 93,000 tanda suka, 10,000 perkongsian dan lebih 7,000 komen dari netizen.

Rata-rata netizen terus memberi semangat agar beliau terus kuat dan tetap menyayanginya.

"Kuatkan semangat ustaz... ALLAH sayang ustaz... ramai sayang dan doakan ustaz... semoga kak pun mendapat kekuatan iman dan semangat macam ustaz... semoga ALLAH melindungi dan merahmati ustaz dan bidadari serta anak-anak ustaz." kata Zurela.

Kata Nae Jasty, "Begitu la ustaz bila berbuat baik tetap ada orang yang tak senang. Orang yang pernah melalui susah lebih faham keadaan orang lain yang susah. Mana mungkin hati kita tenang di rumah, memikirkan mereka yg susah di luar. Semoga ustaz dan yang lain terus berjuang."

Malaysia Menzalimi Etnik Rohingya?

Adalah keterlaluan apabila ada sesetengah pemimpin2 politik, NGO-NGO tempatan & antarabangsa menuduh Malaysia ‘menzalimi’ etnik Rohingya

Semata-mata kerana kita ‘terpaksa mengusir’ mereka pulang beberapa hari lepas tatkala negara dan rakyat kita sendiri sedang bergelut dgn waktu2 yg sukar

Benar, Malaysia bukanlah anggota Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967.

Tetapi jangan sesekali nafikan langkah kemanusiaan, ehsan dan pengorbanan yg telah dilakukan oleh Malaysia adalah melebihi daripada apa yg dibuat negara2 anggota Konvensyen pelarian itu sendiri

Di ASEAN, negara Filipina & Kemboja saja yang menandatangani Konvensyen Pelarian, apakah anda melihat wujud ‘langkah ehsan yg dibuat mereka spt mana kita?

Tidak. Bahkan mereka bertindak lebih ‘keras’ terhadap pelarian

Sebab itulah, pd 2017 Portal Heinrich Boll Stiftung dlm artikel Southeast Asia The Future of Forced Migrants in ASEAN menyebut Malaysia negara paling ‘prihatin pelarian’ di rantau ASEAN.

Pelapor Khas PBB mengenai Situasi Hak Asasi Manusia di Myanmar Prof Yanghee Lee sendiri memuji dan menggesa negara lain mencontohi usaha Malaysia yang membantu memperbaiki kehidupan penduduk Rohingya.

Barangkali krn sikap prihatin dan ehsan inilah, Negara kita kini dibanjiri lebih 180 ribu pelarian.

Dan jgn terkejut, lebih 100 ribu daripadanya adalah etnik Rohingya, ianya disahkan sendiri Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Rohingya Sedunia (UWRO), Ghiyathudeen Maulana Abdul Salam pada 2017.

Bayangkan berapa jumlah etnik Rohingya di negara ini pada tahun 2020?

Perjuangan Malaysia membantu masyarakat Rohingya diseluruh dunia bukanlah suatu yg ‘biasa-biasa’. Bahkan peranan yg dimainkan oleh Malaysia melangkaui usaha kemanusiaan biasa

Jangan lupa

Projek kemanusiaan dan pemulihan sosial di Rakhine, dan misi kemanusiaan 'Food Flotilla for Myanmar’ bernilai RM10juta adalah usaha Malaysia

Jangan lupa

Malaysia lah negara pertama menghantar bantuan kemanusiaan ke Bangladesh selepas lebih 650,000 pelarian Rohingya melarikan diri dari barat Myanmar akibat operasi tentera pada 2018

Malaysia lah mengerahkan aset hospital medan dan peralatan berubatan bernilai RM18 juta dengan kos operasi keseluruhan RM3.5 juta untuk tempoh tiga bulan

Jangan lupa

Malaysia telah menggerakkan 3 kali misi kemanusiaan dan penghantaran delegasi khas yang disokong Arab Saudi dan UAE membantu warga Rohingya.

Jangan lupa

Malaysia lah yg menyediakan kem khas di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) menempatkan pelarian Rohingya, atas "dasar kemanusiaan". Pd 2015

Jangan lupa

Kerana suara Malaysia peringkat GtoG kerajaan AS menyalurkan sumbangan AS$32 juta (RM134 juta) untuk membantu masyarakat Rohingya di Myanmar pada 2017.

Kerana desakan Malaysia juga lah Jepun, Britain mencapai kata sepakat bahawa masyarakat antarabangsa harus mencari jalan penyelesaian menghantar bantuan kemanusiaan kepada masyarakat Rohingya

Jangan lupa

Malaysia lah yang membangkitkan isu masa depan penempatan warga Rohingya Sesi ke-71 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) di New York pada Sept 2017, termasukla menekan junta Myanmar melulai ASEAN dlm sidang mesyuarat ke-31

Jangan lupa

Malaysia lah secara keras mendesak Myanmar menerima 6 cadangan pemulihan ASEAN terhada Rohingya semasa Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Yangon pada 2016

Jangan lupa

Malaysia lah yang mendesak kerajaan Junta Myanmar memberi akses penuh kepada Persekutuan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) utk menyalurkan bantuan kemanusiaan

Jangan lupa

Malaysia lah pelopor pembentukan ‘Asean Rohingya Center (ARC) Meeting . sebuah “think tank” yang komited dalam kerja advokasi di peringkat Asean. Masihkah kita ingat, pada ketika itu Menteri Luar Malaysia terbang ke 56 negara menyampaikan jemputan dan menganjurkan mesyuarat ini dalam waktu amat singkat bagi menjayakan misi utk Rohingya.

Jangan lupa

Malaysia jugalah berbesar hati memberi peluang pekerjaan kepada pelarian Rohingya seramai 56,000 di Malaysia untuk bekerja secara sah-ini disahkan oleh Dr Helmi Ibrahim, pengarah eksekutif Asean Rohingya Center (ARC)

Jika ehsan spt ini masih dianggap zalim. Ehsan spt mana lg yg harus kita berikan utk mereka?

*Gambar DS Najib Razak ketika melancarkan misi bantuan kemanusiaan ke 3 utk etnik rohingya

Sembilan Orang Terperangkap Dalam Banjir

SEREMBAN - Sembilan orang termasuk seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) dari dua buah keluarga yang terperangkap dalam banjir di Kampung Chalin, Jelebu dekat sini malam tadi diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ketua Balai JBPM Jelebu, Mohd Fazill Mohd Yunus berkata, kesemua mangsa berusia lingkungan dua tahun hingga 35 tahun itu diselamatkan kira-kira jam 9.15 malam selepas rumah mereka dinaiki air.

Sebaik menerima maklumat, sepasukan 11 anggota dibantu agensi lain pergi ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Mangsa terdiri daripada dua buah keluarga yang mendiami sebuah rumah telah terperangkap selepas rumah mereka dinaiki air kerana hujan lebat sejak jam 5.30 petang semalam.

“Paras ketinggian air kira-kira 1.8 meter dan dipercayai banjir ini berpunca dari limpahan air Sungai Kenaboi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan Balairaya Kampung Chennah.

Fazill berkata, banjir itu turut menyebabkan tiga lagi kampung iaitu Kampung Chennah, Kampung Telekung dan Kampung Poum dekat sini, turut terjejas, katanya.

“Mangsa dari Kampung Chennah dan Kampung Poum melibatkan 41 orang yang kini ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Datuk Undang Abdullah,” katanya. - Bernama

PKP Dilanjutkan Hingga 12 Mei

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bermula 29 April hingga 12 Mei ini.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada perutusan khas sebentar tadi.

Lanjutan itu adalah PKP fasa keempat yang dilaksanakan bagi membendung penularan COVID-19 di negara ini sejak 18 Mac lalu.


Perdana Menteri berkata, berdasarkan data yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), beliau dapati usaha untuk membendung wabak COVID-19 masih perlu diteruskan.

Ini kerana, katanya walaupun angka menunjukkan perkembangan positif, langkah yang diambil hendaklah diteruskan sehingga kerajaan yakin wabak COVID-19 dapat dibendung sepenuhnya.

"Sehubungan itu, saya ingin mengumumkan PKP yang dijangka berakhir pada 28 April akan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu sehingga 12 Mei.

"Dalam tempoh ini, kerajaan akan menilai data-data terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan untuk menentukan langkah seterusnya.

"Saya tidak menolak kemungkinan PKP akan dilanjutkan lagi selepas ini. Ini bermakna, saudara-saudari mungkin tidak boleh menyambut hari raya di kampung. Saudara-saudari masih tidak boleh bekerja, kecuali bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan. Perniagaan juga masih belum boleh dibuka sepenuhnya.

"Walau bagaimanapun, jika kes-kes COVID-19 terus mencatatkan penurunan yang ketara, kerajaan berkemungkinan akan melonggarkan kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor sosial.

"Ini untuk membolehkan saudara-saudari menjalani kehidupan yang lebih selesa. Majlis Keselamatan Negara sedang merangka satu pelan yang menyeluruh mengenai perkara ini," katanya.

Sepupu Tetak Sepupu Dengan Pedang

Bachok-   Angkara menegur sepupunya yang memegang sebilah pedang di dalam rumah, seorang petani cedera ditetak di leher di Kampung Beris Lalang di sini Selasa lalu.

Kejadian pada jam 8.30 malam itu menyebabkan mangsa berusia 22 tahun menerima sembilan jahitan akibat cedera di leher.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, suspek sebelum itu datang ke rumah mangsa di Kampung Air Tawar Semerak, Pasir Puteh dan mengajak mangsa ke rumahnya di Beris Lalang, Bachok.


Menurutnya, ketika sampai di rumah suspek, mangsa berehat di ruang tamu sebelum melihat lelaki tersebut memegang sebilah pedang.

“Mangsa menegur perbuatan itu namun suspek marah lalu melibas ke arah mangsa tetapi dapat dielak dan cuba melarikan diri.

“Berlaku pergelutan antara mereka dan mangsa ditetak di tepi leher sebelah kanan sebelum mangsa terus berlari keluar dari rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata, mangsa memaklumkan tidak mengetahui punca sebenar kejadian dan pihaknya kini sedang mencari suspek berusia 20-an yang melarikan diri selepas kejadian itu.

Mungkin Umat Islam Sambut Raya Ketika PKP

SALAM RAMADAN, hari ini merupakan hari pertama umat Islam Negara ini (Malaysia) berpuasa, semuga amalan wajib ini dapat memperbaiki kepercayaan dan memperkuatkan keyakinan atau akidah kepada Zat Allah Yang Maha Esa.

COVID-19 yang melanda dunia bukan penghalang sebenar untuk mereka yang mampu berpuasa kerana penghalang sebenar adalah nafsu.

Sementara itu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan Perintah Kawalan Pergerakan mungkin akan dilaksanakan untuk tempoh lebih lama bagi mengelakkan penularan semula wabak COVID-19, ini bererti umat Islam akan menyambut hari raya aidilfitri pada masa Perintah Kawalan Pergerakan sedang dilaksanakan.

Selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa, kepada seluruh umat Islam.-KAKI PALU (KP)

Thursday, 23 April 2020

Adik Beradik Ditahan Hisap Ganja

KOTA KINABALU: Hisap ganja untuk berhibur dan menenangkan fikiran.

Itu antara alasan diberikan enam individu termasuk dua beradik yang ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Likas, di sini,semalam.

Dalam serbuan yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, kira-kira pukul 3 petang itu, semua suspek termasuk dua wanita berusia 23 hingga 29 tahun ditahan bersama dadah jenis ganja seberat 56.73 gram bernilai RM567.30.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, ketika serbuan polis menemui beberapa paket dan bungkusan pelbagai saiz berisi ganja yang disembunyikan di beberapa lokasi di rumah berkenaan.

Beliau berkata, semua yang ditahan didapati positif dadah dan mereka mengaku mengambil dadah bertujuan untuk berhibur dan menenangkan fikiran.

“Tangkapan ini adalah berdasarkan maklumat awam terhadap sarang penagihan dalam usaha memastikan kegiatan penagihan dadah dapat dibendung sepenuhnya.

“Selain itu, tangkapan ini juga dijalankan bagi mengenal pasti ahli sindiket yang terbabit untuk tindakan terhadap kegiatan pengedaran dadah yang wujud di daerah ini,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.


Mengulas lanjut, beliau berkata, semua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 15(1)(A) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama lima tahun hingga seumur hidup serta minimum 10 sebatan.

Katanya, semua suspek turut disiasat mengikut Peraturan 3(2) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Jangkitan) (No.3) 2020.

“Usaha membanteras kegiatan pengedaran dan penagihan dadah di sekitar daerah ini akan diperhebatkan dari semasa ke semasa.

“Sehubungan itu, polis mengalu-alukan bantuan bantuan orang awam dalam usaha membanteras kegiatan ini dengan lebih berkesan,” katanya. – BorneoToday

Noh Omar Teraju Semula UMNO Selangor

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar kembali menerajui kepemimpinan UMNO Selangor apabila dilantik sebagai pengerusi, menggantikan Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkuat kuasa semalam.

Perkara itu diumumkan di Facebook rasmi UMNO Selangor yang turut menamakan Ketua UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin kekal sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Selangor.

“Tahniah Tan Sri Noh Omar atas kembali memegang tampuk kepemimpinan UMNO Negeri Selangor.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan atas jasa dan kepemimpinan menerajui UMNO Selangor,” menurut kenyataan yang dimuat naik itu.

Noh yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Karang pernah menyandang jawatan itu pada 2013 dan melepaskan jawatan pada 30 Jun 2018.

Jawatan berkenaan kemudian disandang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik buat sementara sebelum beliau mengumumkan melepaskan jawatan itu pada 1 April 2019, manakala Mat Nadzari yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor dilantik mengetuai kepemimpinan UMNO negeri pada 5 Julai 2019 mengisi kekosongan itu.

Izam EYE Minta Sumbangan Kerana Derita Lumpuh

Biarpun vokalis kumpulan EYE, Izam, 52, menderita penyakit lumpuh separuh badan sejak hampir setahun lalu, semangatnya masih kuat untuk berjuang.

Tiada keupayaan pada diri tidak sesekali membuatkannya putus asa dalam mencari sesuap rezeki bagi menanggung dua isteri dan tujuh cahaya mata.

Biarpun tidak mampu ligat seperti biasa kerana pergerakannya terbatas, jalan senget dan tak sempurna. Namun, penyanyi lagu Izinkan Selamanya Namamu Di Hati masih mempunyai kudrat memenuhi undangan nyanyian, biarpun menyanyi atas kerusi roda.

Bagaimanapun, kini, Izam atau nama sebenarnya, Mohd Izam Mohd Arshad menempuh situasi sukar apabila hilang punca pendapatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa.

Terbaharu, tersebar posternya meminta sumbangan orang ramai dalam membantu meringankan bebanannya.

“Sebelum ini, saya mampu bertahan apabila menyanyi menggunakan kerusi roda. Jadi, saya masih ada sumber pendapatan untuk menanggung keluarga.

“Bagaimanapun, sekarang saya berdepan dengan situasi getir hilang punca pendapatan berikutan tempoh PKP. Lagipun, mahu menyambut Ramadan.

“Saya mempunyai dua isteri dan tujuh cahaya mata. Saya risau nasib diri dan keluarga, lebih lagi dalam keadaan diri menderita penyakit lumpuh separuh badan,” katanya kepada BH Online.

Izam berkata, ini kali kedua dirinya terpaksa menebal muka meminta sumbangan orang ramai.

“Saya kali pertama meminta sumbangan ketika mula diserang penyakit lumpuh, kira-kira 11 bulan lalu. Bagaimanapun, tidak berpanjangan kerana saya masih gigih mencari rezeki menyanyi.

“Secara kebetulan, saya menerima undangan persembahan kecil termasuk membantu badan bukan kerajaan (NGO) membantu fakir miskin di Sabah.

“Kini, saya tiada pilihan dan terpaksa minta sumbangan. Saya amat terdesak. Kalau fikir malu, ia tidak membawa kesudahan. Orang nak kata apa, terpulang,” katanya.

Mengimbas kejadian diserang penyakit lumpuh, Izam berkata, ia terjadi berlaku selepas mengadakan persembahan di Kuantan, Pahang.

“Saya bersama dua rakan dalam perjalanan pulang. Saya dan seorang rakan bergilir memandu kereta.

“Saya tiba di rumah jam 3 pagi. Mulanya, saya ingat kaki lenguh kerana memandu. Saya tak fikir perkara buruk yang akan berlaku.

“Saya sedar kaki sukar mahu diangkat jam 9 pagi. Dalam masa sama, kawan saya mula mengesyaki ia berkaitan penyakit lumpuh,” katanya.

Anak jati Kuala Lumpur itu berkata, dia kemudian terjatuh dalam ruang tamu dan dikejarkan ke hospital oleh keluarganya.

“Hasil pemeriksaan, saya disahkan mengalami lumpuh peringkat pertama.

“Cuma saya pelik, lumpuh peringkat pertama selalunya akan sembuh dalam tempoh enam bulan. Saya pula sebaliknya. Mungkin sebab saya ada penyakit darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi,” katanya.

Wednesday, 22 April 2020

Kluster Pengerang, Jangkiti 15 Individu

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mendedahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu kluster yang bermula di Pengerang, Johor.

Menurutnya, kes indeks (iaitu kes ke-1508) kluster ini telah mula mengalami gejala pada 12 Mac lalu.

“Beliau telah dirawat di sebuah klinik swasta pada 16 Mac dan disyaki sebagai menghidap demam denggi. Pada keesokan hari, beliau telah merentas beberapa negeri untuk mengunjungi sanak saudara di sekitar Selangor sebelum pulang ke Pengerang pada 18 Mac lalu.

“Keadaan kesihatan beliau mula merosot dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor pada 20 Mac dalam keadaan yang kritikal sebelum disahkan positif jangkitan Covid-19 pada 22 Mac,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Katanya, setakat 22 April, kluster ini sudah membabitkan 15 kes positif Covid-19 iaitu sepuluh rakan sekerja dan lima ahli keluarga kes indeks, termasuk ibu beliau yang berusia 79 tahun dan anak perempuan berusia 10 tahun.

“Sebanyak tujuh kes daripada kluster ini masih di dalam rawatan manakala lapan lagi telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj. Secara keseluruhan, tiga kes di dalam kluster ini telah dirawat di ICU.

“Jangkitan dalam kalangan ahli keluarga yang menetap di negeri lain adalah dipercayai berpunca daripada aktiviti kunjung mengunjung yang berlaku sehari sebelum pelaksanaan PKP,” katanya.

Elak Ziarah Menziarahi Dimusim Ramadhan

MENGAMBIL iktibar daripada penyebaran jangkitan Covid-19 dalam Kluster Pengerang dan Sub-kluster Rembau, masyarakat diminta

kekal patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang Ramadan ini dengan mengelakkan daripada melakukan aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah rakan mahupun sanak-saudara.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia termasuklah perjalanan rentas negeri, daerah dan mukim atau menghadiri perhimpunan besar-besaran (termasuk majlis keagamaan dan majlis keraian).

“KKM khuatir aktiviti seperti ini yang menjadi kelaziman rakyat Malaysia, akan mengakibatkan penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan ahli keluarga terutama kepada golongan warga emas dan kanak-kanak,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, tradisi dan amalan ibadat pada Ramadan bagi umat Islam seluruh dunia juga akan turut terkesan memandangkan banyak

negara sedang melaksanakan kawalan pergerakan dan sempadan bagi mengekang penularan Covid-19 di negara masing-masing.

“Umat Islam di Malaysia diseru menggunakan peluang ketika Ramadan ini untuk menjalankan aktiviti dan amalan keagamaan seperti persediaan juadah berbuka puasa dan solat berjemaah dengan keluarga di rumah masing-masing.

“Langkah ini dapat membantu kita menjaga dan melindungi ahli keluarga yang dikasihi terutamanya ibu bapa yang tua dan anak-anak kecil daripada dijangkiti penyakit Covid-19,” katanya.

“Saya Jahil, Tak Pandai" – Ebit Lew

KUALA LUMPUR: “Saya jahil, tak pandai. Saya bukan ustaz. Saya bukan sesiapa. Cuma Cina belajar Islam.

“Terima kasih semua terlalu ramai guru, keluarga dan sahabat mendoakan dan beri semangat. Allah saja balas semuanya,” kata pendakwah terkenal Ebit Lew.

Ebit Lew meluahkan isi hatinya di Facebook selepas niatnya membantu golongan kurang berkemampuan disalahertikan dan dipertikaikan segelintir pihak.

Ebit Lew memohon maaf sekiranya apa dilakukannya mengguris hati orang ramai kerana niatnya hanya ingin membantu.

“Saya tak berniat nak sakitkan hati sesiapa pun. Saya mohon maaf pada semua ya.

“Doakan terlalu ramai lagi orang memerlukan bantuan dan sokongan.

“Bagaimana kita boleh lena, sedangkan ada orang tidak dapat tidur lena kerana nasib mereka dengan kita tak sama.

“Walau memberi minum pada kucing atau anjing sedikit pun (tetap) dipandang Allah. Walau kita tak dapat bantu mereka semua, kita buatlah apa yang kita termampu,” katanya.

Katanya, janganlah menuding jari kerana setiap orang bertanggungjawab atas diri sendiri.

“Belajarlah melihat dengan cinta. Mendengar dengan cinta. Melalui hidup dengan cinta.

“Janganlah menyalahkan sesiapa kerana setiap kita bertanggungjawab atas diri kita dan masyarakat kita didepan Allah nanti.

“Semuanya hingga satu hari nanti kita mendapat RedaNya. Reda Allah segala-galanya. Usahlah takut kejian atau penghinaan orang tapi yang paling menakutkan kemurkaan Allah,” katanya.

Meskipun sedar semakin hebat dugaan melanda, namun dia berharap bakti ditaburkannya itu dapat dilakukan berterusan hingga akhir hayatnya.

“Dah berlalu bertahun dalam kerja khidmat dan berkongsi kasih sayang sejak kecil. Entah berapa hari lagi yang tinggal. Biarlah baki hidup ini dalam kebaikan.

“Jika Allah takdirkan walau berapa waktu yang tinggal. Masa tu sangat sekejap berlalu, sedangkan banyak kerja dan amanah yang terlalu jauh dari sempurna,” katanya.

Dalam hantaran sama pendakwah itu sempat mengenang nasihat arwah ibunya selain menyatakan kerinduan terhadap keluarganya yang berada di Kuala Lumpur.

“Penat sangat rasa. Tapi bahagia sangat. Syukur pada Allah. Teringat mak dulu senyum bagi nasihat. Tak apa orang buat kita. Jangan kita buat orang.

“Selalu maafkan orang lain dan doakan semua orang bahagia dan masuk syurga. Kita hidup untuk Allah sayang.

“Jika ada kebaikan yang Allah terima saya hadiahkan buat arwah mak saya. Rindu bidadari dan anak-anak. Rindu ayah di kampung. Nak balik KL (Kuala Lumpur) cepat, lepas selesai semuanya,” katanya. – Berita Harian

Covid-19: 50 Kes Baharu dan Satu Kematian

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 50 kes baru Covid-19. Perkara tersebut disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datu Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media Perkembangan Covid-19 di Malaysia yang berlangsung sebentar tadi.

Sehingga 22 April 2020 jam 12 tengah hari, terdapat 50 kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif adalah 5,532 kes. Manakala, pesakit yang dirawat di ICU adalah seramai 43 orang dan 25 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Covid 19 : Amerika Saman Pemimpin China




WASHINGTON: Missouri, Amerika Syarikat (AS) semalam, bertindak menyaman pemimpin China bagi mendapatkan ganti rugi kerana mendakwa mereka melakukan penipuan yang disengajakan dan tidak mengambil tindakan sewajarnya bagi menghentikan wabak pandemik COVID-19.
Tuntutan yang pertama seumpamanya dilakukan ke atas China itu berlaku ketika Kongres mendesak bagi mengambil tindakan ke atas China.
Presiden AS, Donald Trump pada masa sama turut menjalankan kempen supaya penumpuan diberikan kepada peranan Beijing dalam menangani wabak itu, walaupun beliau sendiri turut dikritik hebat berhubung pengendalian COVID-19, di AS.
Negeri Missouri yang dipimpin oleh parti Trump, Republikan memfailkan saman di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan ganti rugi yang tidak ditentukan jumlahnya berhubung tindakan China yang dituduh, antaranya menyimpan lambakan peralatan perlindungan diri.
“Kerajaan China berbohong kepada dunia mengenai bahaya dan wabak COVID-19 yang sebenarnya mudah berjangkit, menggesa pemberi maklumat mendiamkan diri dan mengambil tindakan yang amat sedikit bagi membasmi penularannya.
“Mereka mesti bertanggungjawab di atas setiap perkara yang dilakukan ini,” kata peguam Missouri, Eric Schmitt.
Sementara itu, walaupun Trump terus melemparkan kecaman bertubi-tubi kepada China, usahanya untuk memastikan Beijing dikenakan hukuman setimpal seakan kurang mendapat perhatian oleh kerajaan AS.
Ini memandangkan negara di Asia adalah sumber utama yang menghasilkan topeng muka dan peralatan perubatan yang sangat diperlukan oleh AS ketika ini.
Di bawah pimpinan parti konservatif, Missouri menguatkuasakan larangan yang agak longgar berbanding negeri lain termasuk membenarkan premis perniagaan beroperasi, asalkan mereka mengehadkan jumlah pembeli dan melakukan penjarakan sosial.
Setakat semalam, Missouri mencatatkan 189 kes kematian COVID-19 dengan separuh daripada kes itu berlaku di St Louis. - AFP

Pegi dah kau orang-KP

Tuesday, 21 April 2020

At least seven dead, 85 injured in Yemen flash floods


SANAA: At least seven people have been killed and 85 injured in flash flooding in Yemen this month, the UN said Tuesday, as the coronavirus threat also looms over the war-torn nation.
Yemen announced its first case of COVID-19 on April 10, and aid organizations have warned that its health system — all but collapsed since a conflict between the internationally-recognized government and the Houthi milita broke out in 2014 — is ill equipped to handle the crisis.
“Heavy rains and flooding across northern governorates, including Marib, in mid-April led to casualties and damaged property and sites for internally displaced persons,” the UN humanitarian coordination agency OCHA said.
“Initial information indicated that seven people — five women and two children — were killed in the flooding and another 85 people were injured, including seven who were seriously injured and hospitalized.”
The Houthi-held capital Sanaa and districts in the same governorate “have been badly affected,” it added.
Storms also hit other provinces, including Ibb, Hajjah and Marib — which is the government’s last northern stronghold and currently the conflict’s “center of gravity.”
The UN special envoy for Yemen, Martin Griffiths, said last week that progress was being made toward a cease-fire after calls for a pause to face the coronavirus threat.
An estimated 24 million Yemenis — more than 80 percent of the population — depend on some form of humanitarian or protection assistance for survival, according to the UN.
More than three million people are displaced, many in camps that are especially vulnerable to disease.

Phuket: Italian infected, Covid cases total 193

PHUKET: An Italian man, 83, was found to be infected with Covid-19, bringing the number of confirmed cases in this island province to 193.

The provincial emergency response panel reported on Tuesday that 133 out of a total of 193 Covid-infected patients have recovedred and been discharged.

One case was dropped from the tally after the man died from injuries sustained in a motorcycle accident. Now, 59 people remain hospitalised, Phuket governor Phakaphong Tavipatana said.

Dr Tanit Sermkaew, chief of the Phuket public health office, said the latest case, the 193rd, is an Italian man, aged 83 years.

He had not travelled abroad recently. He stayed in Patong area of Kathu district in Phuket and often went to risk areas such as in Soi Bangla and an Italian restaurant in Soi Nanai of Patong, Dr Tanit said.

The man was diagnosed with Covid-19, but showed no virus symptoms, the provincial public health chief.

The patient sought treatment at a private hospital for another ailment and the hospital found he was infected with the coronavirus.

The provincial panel reported that a total of 3,038 people had been tested from Jan 5 to April 20. Of the total, 2,937 were allowed to return home. Fifty-nine were under treatment, and 42 others were awaiting lab test results.


Thursday, 9 April 2020

Harry - Suaramu Syairku (Official Music Video)







SABYAN - AISYAH ISTRI RASULULLAH | COVER







Individu muflis terima BPN tidak perlu lapor Jabatan Insolvensi

PUTRAJAYA - Individu bankrap yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tidak perlu melaporkan mengenai penerimaan bantuan itu kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI).


MdI berkata, keputusan itu dibuat susulan kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 5 April lepas yang memaklumkan keputusan kerajaan mengenai individu berstatus bankrap yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan boleh membuat permohonan BPN.

"MdI memutuskan untuk membenarkan (individu) bankrap menerima BPN tanpa perlu melaporkan kepada MdI seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 38(1)(ba) Akta Insolvensi 1967 yang mana jika (individu) bankrap gagal berbuat demikian, ia merupakan suatu kesalahan di bawah Akta 360," katanya dalam kenyataan hari ini.

MdI berkata sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara itu boleh disalurkan melalui talian 03-8885 1065, 03-8885 1928 atau 03-8885 1313. - Bernama

COVID-19: Sub-kluster baharu dikesan di Rembau

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sub-kluster baharu di Rembau, Negeri Sembilan yang berkaitan dengan perhimpunan tabligh di Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia merupakan satu kluster yang melibatkan kakitangan sebuah sekolah dan kemudiannya di beberapa lokaliti dalam daerah berkenaan iaitu Pedas, Pilin, Kundur dan Batu Hampar.

Beliau berkata setakat 12 tengah hari ini, terdapat 27 orang dikenal pasti positif COVID-19, termasuk dua kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Kluster ini mula dikesan apabila keputusan ujian COVID-19 adalah positif bagi beberapa guru di sebuah sekolah.

"Penularan ini dipercayai berpunca daripada satu mesyuarat yang diadakan di sekolah berkenaan di mana ia dihadiri kes indeks (kes ke-448) yang merupakan seorang peserta perhimpunan di Sri Petaling," katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di sini hari ini.


Menurutnya, beberapa guru dan kakitangan sekolah itu yang positif COVID-19 telah menjangkiti ahli keluarga mereka serta penduduk kampung sehingga menyebabkan tiga generasi jangkitan.

"Siasatan juga mendapati terdapat aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara untuk melawat ahli keluarga yang tidak sihat, walaupun negara kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan jumlah kes jangkitan terbaharu daripada kluster Itali adalah seorang menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 41 kes.

Beliau berkata kes jangkitan persidangan gereja di Kuching pula mencatatkan peningkatan sebanyak 24 kes; kluster tabligh sebanyak 25 kes; manakala kluster kenduri di Bandar Baru Bangi mencatatkan pertambahan dua kes, hari ini.

Mengulas mengenai 69 kes sporadik yang dikesan, beliau berkata terdapat kemungkinan kes itu mendapat jangkitan daripada komuniti.

"Kemungkinan kes-kes tersebut dijangkiti virus itu daripada komuniti. Terdapat pelbagai kluster di sini, jadi mungkin 69 kes itu mendapat jangkitan daripada komuniti," katanya. - Bernama

Insiden Jalur Gemilang terbalik sebab 'tersalah pasang'

SHAH ALAM - Insiden Jalur Gemilang digantung secara terbalik di sebuah gereja di Persiaran Rajawali, Klang yang tular di media sosial hari ini disebabkan ia 'tersalah pasang' oleh seorang warga asing.


Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, insiden bendera Malaysia dipasang terbalik itu disedari seorang lelaki warga tempatan yang kebetulan lalu di kawasan gereja berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang semalam.

Beliau berkata susulan itu, satu laporan polis dibuat oleh lelaki terbabit kerana tidak berpuas hati dengan insiden tersebut.


Bagaimanapun Nurulhuda berkata, siasatan mendapati seorang lelaki warga Bangladesh yang merupakan pekerja di gereja itu mengaku memasang Jalur Gemilang berkenaan secara terbalik kira-kira jam 5 petang pada Isnin lepas.

"Warga asing itu menyatakan dia terjumpa bendera tersebut di atas lantai akibat ditiup angin semasa hujan lebat dan memasangnya semula di tiang bendera gereja tanpa mengetahui yang ia terbalik.

"Namun, ketika polis tiba di gereja berkenaan, Jalur Gemilang sudah pun dipasang dengan betul oleh lelaki warga asing terbabit selepas seorang paderi gereja yang ternampak insiden itu menunjukkannya cara gantung yang sebenarnya," katanya kepada Bernama di sini, malam ini.

Nurulhuda berkata, kes berkenaan dianggap selesai kerana bendera tersebut telah dipasang dengan betul.

Tular di media sosial hari ini video berdurasi 28 saat menunjukkan Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah gereja di Klang.- Bernama

Wednesday, 8 April 2020

Tiada anggota kesihatan dijangkiti COVID-19 semasa rawat pesakit - KKM

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan bahawa sehingga kini, tidak ada anggotanya yang dijangkiti COVID-19 ketika berkhidmat di wad atau unit rawatan rapi (ICU) hospital rawatan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini kerana anggota kesihatan KKM mengamalkan langkah pencegahan dan memakai alat pelindung diri (PPE) semasa menjalankan tugas.

“Apabila kita lihat barisan hadapan KKM yang dijangkiti, 181 orang dan dua kematian, yang mana kematian yang direkodkan ini mempunyai sejarah perjalanan ke Turki serta Indonesia dan tidak berkaitan dengan jangkitan semasa bekerja.

“Daripada jumlah 181 itu, 67 peratus iaitu 122 dijangkiti di luar kawasan hospital, contohnya menghadiri majlis perkahwinan dan sebagainya kemudian mereka datang ke hospital sehingga ada yang menjangkiti rakan-rakan mereka,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata demikian bagi menjawab dakwaan seorang doktor hospital swasta bahawa KKM gagal melindungi barisan hadapan perubatan sehingga menyaksikan kira-kira 30 kakitangan perubatan dilaporkan dijangkiti virus itu ketika bertugas.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata jangkitan melibatkan petugas kesihatan bermula di hospital swasta dan susulan itu, KKM mengadakan dua mesyuarat bersama hospital serta klinik swasta pada 1 dan 12 Mac untuk meningkatkan langkah pencegahan bagi mengelak jangkitan.

Bagaimanapun, hasil siasatan menunjukkan bahawa sejumlah 36 petugas kesihatan mendapat jangkitan COVID-19 daripada pesakit yang tidak memaklumkan perkara sebenar mengenai hubungan rapat mereka dengan individu yang berisiko tinggi.

Selain itu, sebagai langkah pencegahan, KKM telah menyaring sejumlah 20,000 petugas kesihatan termasuk di fasiliti swasta secara berkala.

“Jadi, kita tak tunggu sama ada mereka dapat gejala dulu baru kita nak saring sebaliknya kita saring semua secara berjadual dan lebih 2,000 kita dah saring,” katanya. - Bernama

Belum ada keputusan rasmi penangguhan ibadah haji tahun ini




PELAKSANAAN IBADAH HAJI BAGI TAHUN 1441H BERSAMAAN 2020M

1- Pelaksanaan ibadah haji adalah pekara penting dalam merealisasikan Rukun Islam . Wabak COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini, turut memberi kesan kepada Arab Saudi yang menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat masuk dan serta keluar pergerakan ke beberapa bandar raya, termasuk Makkah dan Madinah. Pada bulan lepas Arab Saudi menghentikan kemasukan jemaah umrah untuk sepanjang tahun ekoran kebimbangan terhadap penularan COVID-19.

2- Bertitik tolak daripada hal tersebut, saya telah mengadakan pertemuan bersama TYT Mahmoud Hussien bin Saeed Qattan, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia  pada 7 April 2020. Turut hadir, Syeikh Abdurrahman Ibrahim Al-Rubai'an, Atase Agama Kedutaan Arab Saudi: Dato' Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan Haji, Tabung Haji dan Tuan Haji Ruslan Said, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf , Zakat dan Haji (JAWHAR). Ini bagi mendapatkan penjelasan yang tuntas berkenaan isu pelaksanaan ibadah haji bagi tahun ini.

3- Berdasarkan penjelasan TYT Mahmoud Hussien bin Saeed Qattan, belum ada sebarang kenyataan rasmi yang di keluarkan oleh pihak Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berkenaan penangguhan ibadah haji bagi tahun ini.

4- Justeru, saya menyeru kepada umat Islam untuk tidak menyebarkan sebarang khabar angin berkenaan pekara ini. Sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT menghilangkan wabak ini dan memelihara dua Kota Suci umat Islam dari sebarang pekara yang tidak diingini. Semuga dengan doa dan munajat kita, pelaksanaan ibadah haji pada tahun ini dapat direalisasikan dengan izin-Nya. Amin. Sekian, terima kasih.

YB SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) 8 APRIL 2020 BERSAMAAN SYAABAB 1441H



Tuesday, 7 April 2020

170 kes baharu, satu kematian akibat COVID-19 direkodkan hari ini

PUTRAJAYA: Sebanyak 170 kes baharu COVID-19 dengan satu lagi kematian direkodkan setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kes positif sebanyak 3,963 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (gambar).

Beliau berkata kematian terbaharu itu menjadikan jumlah terkini yang maut akibat COVID-19 seramai 63 orang atau 1.59 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Kes kematian ke-63 (kes pesakit ke-3,794) merupakan lelaki warga Malaysia berumur 71 tahun yang berasal dari Perlis. Beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan keagamaan di Sulawesi, Indonesia pada 17 Mac hingga 24 Mac.

"Beliau dirawat di Hospital Enche’ Besar Hjh Kalsom, Johor pada 5 April dan disahkan meninggal dunia pada pukul 11.00 malam tadi," katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan di sini.

Dr Noor Hisham berkata terdapat 80 kes pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya daripada wabak COVID-19 sebanyak 1,321 atau bersamaan 33.33 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya sehingga kini, 92 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 50 daripada jumlah itu memerlukan bantuan pernafasan.


Sementara itu, bersempena Hari Kesihatan Sedunia pada hari ini, Dr Noor Hisham merakamkan ucapan penghargaan kepada semua petugas perubatan dan kesihatan terutamanya barisan hadapan di sektor kerajaan, swasta, sukarelawan dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Penghargaan juga kepada petugas di belakang tabir yang memainkan peranan penting sebagai tulang belakang dalam memastikan kesiapsiagaan dan kelancaran respons di lapangan.

"Sesungguhnya kesihatan adalah tanggungjawab kita bersama kerana setiap sektor adalah sektor kesihatan,” katanya.

Beliau berkata setiap sektor memainkan peranan masing-masing yang kritikal dalam mengurus dan membendung pandemik COVID-19 di negara ini.

Jelasnya, dalam situasi getir ini, petugas di barisan hadapan dan belakang tabir sedang bertungkus lumus dan cekal berjuang bersama-sama bagi menamatkan penularan pandemik maut itu. - Bernama

Empat penerbangan hantar makanan ke pedalaman


Anggota TUDM dan TDM mengangkat barang keperluan makanan ke dalam helikopter untuk diterbangkan kawasan pedalaman.


KUCHING: Helikopter EC 725 AP milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semalam berjaya melaksanakan empat lagi penerbangan menghantar bekalan makanan asas kepada golongan sasaran di kawasan pedalaman Sarawak.


Menurut kenyataan daripada laman sosial Facebook (TUDM), tujuannya bagi membantu rakyat yang terjejas di kawasan pedalaman akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam mengekang wabak COVID-19 daripada terus merebak.

Penerbangan tersebut melibatkan dua set kru anak kapal daripada No 5 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan yang diterbangkan Leftenan Kolonel Vachiral Ratanaphan Ban Teang daripada TUDM dan Mejar Frezal [email protected] (TUDM).

Bekalan makanan dihantar ke Long Lellang, sebuah perkampungan kecil yang terletak di Tanah Tinggi Kelabit serta ke Pa Tik dan Ba Lai.

Terdahulu, kerja-kerja membawa bekalan makanan asas ke dalam helikopter EC 725 AP dilakukan di Lapangan Terbang Miri bermula seawal jam 7 pagi semalam.

Pihaknya mendapat kerjasama anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di bawah naungan Markas Pemerintahan Medan Timur (PMT).


Semalam juga, empat penerbangan yang pertama telah dilaksanakan oleh No 5 Skuadron, PU Labuan bagi menghantar bekalan makanan asas ke Bario, di sini.

TUDM khususnya kata kenyataannya itu, akan terus komited dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan demi mengutamakan kesejahteraan rakyat terutama semasa krisis COVID-19.

Pihaknya berharap tanggungjawab sosial yang dilaksanakan oleh warga kerja TUDM dan ATM itu membolehkan orang ramai mendapat manfaat dan terus mematuhi arahan PKP yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk menghentikan wabak berbahaya COVID-19 daripada merebak.

https://amp.utusanborneo.com.my/2020/04/07/empat-penerbangan-hantar-makanan-ke-pedalaman

COVID-19: NON-MUSLIM BERBARIS AMBIL BANTUAN YANG DISEDIAKAN MASJID.

CYBERJAYA – Dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, ramai pihak tampil menganjurkan pelbagai program bagi menghulurkan bantuan kepada golongan yang terjejas.

Sama ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) syarikat besar atau kecil sehingga individu tidak henti-henti menghulurkan bantuan mereka kerana menyedari golongan terbabit terputus bekalan makanan.

Sebuah masjid yang terletak di Petaling Jaya, Masjid Al-Islamiah bukan sahaja menghulurkan bantuan kepada umat Islam sahaja tetapi bukan Muslim juga turut menerima manfaatnya.

Perkara itu tular dalam media sosial Facebook sehingga mendapat pujian warga maya termasuk pemimpin masyarakat yang kagum dengan usaha tersebut.

Warga maya terharu dan bersyukur kerana pengurusan masjid berkenaan bertindak tanpa mengira agama dan kaum dalam menghulurkan bantuan.

Jurucakap Masjid Al-Islamiah, Muhammad Hafis Asib berkata, inisiatif itu bertujuan membantu mereka daripada kategori B40 yang terdiri daripada majoriti penduduk di kawasan itu, yang kebanyakannya hilang pendapatan berikutan pelaksanaan PKP.

Memetik portal Free Malaysia Today, Hafis berkata, kira-kira 40 peratus penduduk di kawasan itu merupakan orang bukan Islam.

“Kami mengalu-alukan kehadiran mereka. Kami tidak mahu menghampakan mereka. Dalam Islam, sesiapa yang memerlukan bantuan harus dibantu,” katanya kepada portal tersebut.

Menurut Hafis, pihaknya bersyukur kerana dapat lakukan sesuatu dalam masa seperti sekarang.

Dia juga merayu lebih banyak dana diberikan untuk membeli barangan keperluan dengan berkata, masjid itu mempunyai dana yang terhad.

Mereka yang ingin menderma boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam masjid 12047010016405.

Sumber:
http://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/9391/

Kenapa Indonesia tidak 'lockdown'?

JAKARTA - Indonesia tidak menguatkuasakan ‘lockdown’ atau perintah kawalan pergerakan bagi menangani penularan Covid-19, kerana ia bukanlah mudah untuk dilaksanakan di negara yang mempunyai penduduk lebih 270 juta orang.

Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, Doni Monardo berkata, sekiranya dilaksanakan, pemerintah menghadapi pelbagai kekangan bagi menyediakan keperluan asas untuk berjuta-juta rakyat di negara ini yang juga mendiami lebih 16,000 pulau.

"Kalau lockdown atau kuarantin wilayah (kawalan pergerakan antara wilayah) bagaimana nasib pekerja harian (pekerja yang mendapat upah harian) dapat bekerja?" katanya.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid- 19, Achmad Yurianto berkata, 12 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian kini 221 kes, manakala dalam tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 247 kes baharu, menjadikan kes positif kini melibatkan 2,738 orang.

Pada 31 Mac lepas, Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) menetapkan negara ini berstatus darurat atau kecemasan kesihatan dan menerusi penetapan status itu, beliau memerintahkan pembatasan sosial berskala besar dilaksanakan dalam semua aspek aktiviti masyarakat.

Presiden Jokowi sebelum ini menyatakan Indonesia perlu menangani penularan virus itu dengan mengambil kira keadaan tertentu seperti keluasan wilayah, jumlah penduduk, disiplin, kondisi geografi, budaya, perekonomian budaya, ekonomi masyarakat dan kemampuan fiskal.

Jokowi juga sebelum ini mengumumkan pelbagai bantuan dan insentif kepada rakyatnya yang terkesan akibat pandemik itu, antaranya memberikan bantuan kewangan Rp600,000 sebulan (kira-kira RM170) bagi tempoh tiga bulan kepada golongan miskin, selain bantuan kad sembako (kad membeli barangan keperluan asas) bernilai Rp200,000 kepada lebih 20 juta ketua keluarga.

Sekalipun tiada larangan keluar rumah, Kota Jakarta dan kota lain di Indonesia, kini 'sepi' berikutan beberapa langkah secara berperingkat-peringkat sejak 16 Mac lepas, seperti penutupan sekolah, tempat ibadat, pusat pelancongan, pusat hiburan serta arahan bekerja dari rumah bagi sektor tidak kritikal, larangan berhimpun atau berkumpul dalam skala besar, pembatasan penggunaan pengangkutan awam, selain kempen 'duduk di rumah'.

- Bernama