Tiga lelaki termasuk seorang dipercayai anggota polis diberkas di sebuah inap desa di Lubok Jambu, Kedai Mulong di sini, tengah malam semalam berhubung kegiatan pengedaran dadah.
Serbuan jam 12.30 tengah malam itu dilakukan sepasukan anggota cari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan berdasarkan risikan dan pemerhatian.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah, berkata ketika serbuan dibuat, terdapat tiga lelaki iaitu dua rakyat tempatan dan seorang lagi warga Kemboja berada dalam sebuah bilik.
“Hasil pemeriksaan mendapati sembilan kerajang aluminium berwarna merah yang berikat getah yang mana setiap satunya mengandungi 10 pil dadah jenis Eramin 5 yang keseluruhannya berjumlah 90 biji.
“Terdapat juga satu kotak putih yang di dalamnya ditemui 14 paket plastik cerah mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 703 gram.
“Turut ditemui lima bungkusan plastik hijau yang turut mengandungi ketulan kristal dipercayai syabu dengan anggaran berat 5.17 kilogram dan nilai keseluruhan dadah adalah RM332,300,” katanya pada sidang media di IPK, di sini, hari ini.
Hasil ujian saringan mendapati, ketiga-tiga mereka yang berusia 35, 37 dan 49 tahun positif dadah jenis methampethamine dan suspek yang berusia 49 tahun memiliki empat rekod lampau berhubung dadah dan jenayah.
Abdullah berkata, kegiatan pengedaran dadah itu aktif sejak hujung tahun lalu dan didalangi suspek warga Kemboja yang berulang-alik ke Thailand bagi mendapatkan bekalan dadah untuk pasaran tempatan.
Beliau berkata, lelaki itu bekerja sebagai buruh di sebuah tapak pembinaan di Kota Bharu dan masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.
“Dia juga adalah anak angkat kepada pemilik inap desa berkenaan dan menginap di kediaman itu dan pada masa sama menjalankan urusniaga berkaitan dadah di premis itu.
“Ketiga-tiga mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 14 Mac ini .
“Kes disiasat di bawah Seksyen Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman mati mandatori,” katanya.

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci