728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday, 5 March 2020

    'Undi tidak percaya' PH tertangguh

    Akhirnya misi PH mahu membuat undian tidak percaya terhadap PM tertangguh lagi sehingga bulan Mei. Apa akan berlaku?

    KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat akan bermula 18 Mei depan.

    Yang Dipertuanya, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, berkata surat makluman berhubung tarikh baharu itu diterima malam tadi.

    “Surat sudah diterima malam tadi. Kenyataan akhbar akan dikeluarkan oleh Parlimen pagi ini.

    “Tiada persidangan pada 9 Mac (Isnin). Tarikh baharu Istiadat Pembukaan Parlimen ialah 18 Mei 2020,” katanya kepada BH, pagi ini.

    Pada awalnya, sidang Dewan Rakyat dijadualkan pada 9 Mac ini sehingga 16 April depan dengan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

    Ahad lalu Mohamad Ariff dilaporkan berkata, beliau akan menulis secara rasmi kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menanyakan sama ada Dewan Rakyat akan bersidang mengikut jadual pada 9 Mac ini atau ditangguhkan.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 'Undi tidak percaya' PH tertangguh Rating: 5 Reviewed By: Muhamad Zaki
    Scroll to Top