728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, 2 March 2020

    Umno Kelantan tidak tuntut jawatan


    UMNO Kelantan tidak akan menuntut sebarang jawatan dalam kerajaan pimpinan PAS Kelantan.

    Pada masa sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub turut mengingatkan ahli UMNO supaya tidak membincangkan perkara berkaitan jawatan di peringkat akar umbi.

    Katanya, perkara yang lebih penting buat masa ini adalah memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, bukannya mengejar jawatan.“Kita kini sudah menjadi suara kerajaan dan saya harap pengalaman yang ada sebelum ini dapat digabungkan dan hasilnya dapat dirasai oleh rakyat,” katanya pada sidang media di Bangunan UMNO Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

    Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata, UMNO Kelantan akan menjadi tulang belakang kepada kerajaan Kelantan bagi membuktikan ia adalah pilihan tepat kepada PAS.

    “Kita nak lihat taraf hidup rakyat di Kelantan berubah walaupun ia mungkin mengambil masa untuk dilaksanakan.

    “Ia akan menjadi limpahan nikmat kepada rakyat di negeri ini selepas PAS bersama-sama dalam Perikatan Nasional membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu,” katanya.









    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Umno Kelantan tidak tuntut jawatan Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top