Ramai individu yang berdaftar di bawah Sistem e-Kasih di negeri ini didapati keliru dengan syarat kelayakan bantuan ditetapkan terutama bantuan rebat elektrik disediakan kerajaan berjumlah RM40.
Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, bukan semua yang berdaftar layak untuk menerima bantuan berkenaan meskipun mereka berdaftar di bawah e-Kasih.
“e-Kasih adalah satu pengkalan data yang disediakan bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
“Sesiapa sahaja boleh mendaftar tetapi selepas itu kita akan semak kelayakan mereka secara keseluruhan. Bagi kelayakan bantuan rebat elektrik pemohon perlulah berada bawah kategori berpendapatan rendah (B40) atau jumlah pendapatan isi rumah kurang daripada RM24,000 setahun," katanya ketika ditemui selepas program Karnival Penerangan Bantuan Kerajaan di Taman Ampangan di sini hari ini.
Menurutnya, bagi kumpulan berpendapatan pertengahan (M40) mereka layak untuk memohon Skim Perlindungan Nasional (mySalam) yang mana pendapatan isi rumah perlu kurang RM100,000 setahun.
Beliau berkata, pemohon wanita yang berstatus ibu tunggal yang mempunyai pendapatan tinggi juga tidak layak untuk menerima bantuan disediakan.
“Jika pemohon memegang status ibu tunggal pun tidak bermakna dia layak jika pendapatan dia melebihi syarat ditetapkan. Kita dapati ada yang bekerja sebagai eksekutif pun daftar,” katanya.
Selain itu katanya, kurang jelas dengan definisi miskin dan miskin tegar juga dilihat menjadi faktor masyarakat keliru dengan syarat kelayakan bantuan.
Nicole berkata, kategori miskin ialah pendapatan ketua isi rumah (KIR) kurang daripada RM980 sebulan dan untuk miskin tegar pula mesti kurang daripada RM560 sebulan.
“Terlalu banyak kelayakan berlainan untuk bantuan yang berlainan. Jadi semua itu perlu dibuat semakan.
“Data e-Kasih di negeri ini sehingga 21 Ogos tahun lalu merekodkan KIR yang di kategori miskin tegar ialah (265) dan miskin (2,311). Manakala yang bukan kategori itu seramai 18,326,” katanya.
Dalam pada itu berkenaan dengan wabak koronavirus (Covid-19) pula, beliau menasihatkan masyarakat supaya mengambil langkah pencegahan awal.

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci