KUALA LUMPUR: Pimpinan Jemaah Dakwah dan Tabligh Malaysia mendakwa jumlah kehadiran himpunan tabligh di Masjid Seri Petaling awal bulan ini, hanyalah sekitar 12,500 orang, bukan 16,000 seperti yang dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Ahli Mesyuarat Markaz Dakwah & Tabligh Malaysia, Abdullah Cheong, berkata jumlah itu adalah berdasarkan data dikumpul bahagian Syukbah Pendataan Ijtimak Tabligh bagi tujuan menguruskan makanan dan tempat tinggal peserta himpunan berkenaan.
Data itu, katanya, dikira berdasarkan keluasan tempat himpunan dan ruang dalam masjid, contohnya bahagian sayap kanan masjid boleh memuatkan 1,700 orang, manakala bahagian tetamu luar negara seramai 840 orang.
Jelasnya, kehadiran peserta himpunan itu dikira semasa solat didirikan berdasarkan kiraan kepala dalam setiap saf dan bukanlah anggaran semata-mata.
“Pada Sabtu malam, 29 Februari lalu, data rasmi Masjid Seri Petaling menunjukkan jumlah peserta yang solat Maghrib di masjid kami, termasuk tetamu luar negara dan mereka yang mempunyai tugas khidmat seperti menjaga trafik, memasak, menjaga parkir dan sebagainya ialah sekitar 12,500 orang.
“Inilah kehadiran tertinggi ketika ijtimak (himpunan) kami berlangsung. Kiraan ini bukanlah jumlah yang baharu kami dapatkan, malah adalah rutin Syukbah Pendataan untuk bertahun-tahun lamanya.
“Jumlah kehadiran yang banyak disebut ialah seramai sekitar 16,000 orang. Jumlah ini bukanlah datang daripada pihak kami,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
Sebelum ini, KKM memaklumkan, siasatan pihaknya mendapati kira-kira 16,000 peserta menyertai himpunan tabligh di Masjid Seri Petaling yang berlangsung antara 28 Februari hingga 2 Mac lalu, dengan kira-kira 14,500 dipercayai rakyat Malaysia.
Ketika ini, jangkitan COVID-19 membabitkan peserta himpunan itu membentuk kluster terbesar di negara ini, dengan 689 kes daripada 1,183 kes serta lima daripada lapan kematian, dikaitkan dengan himpunan berkenaan setakat hari ini.
Mengulas lanjut, Abdullah mendakwa, sekitar 1,600 orang yang hadir adalah jemaah tabligh dari luar negara, dengan hampir 100 peratus daripada mereka sudah kembali ke negara masing-masing, sekali gus hanya kira-kira 11,000 warga tempatan.
“Menurut laporan KKM setakat 19 Mac 2020, sekitar 10,500 orang peserta ijtimak sudah pun disaring. Ini bermakna hanya sekitar 500 orang lagi peserta tempatan yang belum disaring,” dakwanya, menegaskan hanya sekitar 200 orang warga Rohingya dan 150 orang warga Myanmar hadir himpunan itu.
Abdullah mengakui menerima beberapa laporan peserta mengatakan mereka yang hadir ke pejabat kesihatan daerah ataupun hospital berhampiran, terutama pada beberapa hari pertama, diminta pulang ke rumah tanpa di saring kerana tidak bergejala, sebaliknya sekadar diminta menjalani kuarantin selama 14 hari.
“Kami khuatir kerana butiran mereka tidak direkod sebelum mereka diminta pulang. Apabila terdengar laporan mengatakan ribuan peserta ijtimak belum disaring, ramai yang pergi berkali-kali ke pejabat kesihatan daerah atau hospital berhampiran sehingga nama mereka direkod dan butiran mereka diambil,” katanya.
Abdullah memberi jaminan pihaknya dan peserta himpunan tabligh sentiasa memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dan semua peserta akan tampil untuk menjalani saringan COVID-19.

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci