Dewan Pemuda PAS mencadangkan konsep kerajaan teknokrat diangkat dalam pembentukan jemaah menteri baharu, di mana lebih ramai tenaga pakar dan profesional diletakkan dalam barisan Kabinet selain ahli politik.
Ketuanya, Khairil Nizam Khirudin, berkata pihaknya juga bersetuju dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang berjanji membariskan jemaah menteri berintegriti, berkelayakan dan berkemahiran, sesuai dengan konsep ‘Qawiyul Amin’.
“Bagi memastikan wujudnya semak dan imbang dalam pentadbiran kerajaan baharu, pemuda PAS mencadangkan kerajaan menubuhkan badan Hisbah (Ombudsman), terdiri dari golongan berkelayakan dan mahir dari segi undang-undang pentadbiran, untuk memainkan peranan itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, pihaknya juga mencadangkan supaya lebih ramai tenaga profesional dan muda diberikan peluang membabitkan diri dalam barisan kabinet dan pentadbiran kerajaan baharu.
“Kami mencadangkan kerajaan membabitkan anak muda setiap lapisan membincangkan dasar kerajaan melalui ‘townhall’ dan perbincangan,” katanya.
Sebagai sayap pemuda parti komponen kerajaan, beliau berkata akan memberi fokus kepada isu semasa dan masa depan anak muda, seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan, kualiti pendidikan, serta taraf kehidupan khususnya keluarga muda.
“Pemuda PAS akan terus menjadi ejen penerangan bagi dasar kerajaan, bagi memastikan ia sampai kepada semua lapisan masyarakat, serta mengangkat suara rakyat dalam membawa isu-isu dan aspirasi anak muda kepada kerajaan,” katanya.
Sementara itu, Khairil berkata pihaknya juga menyokong sepenuhnya kepimpinan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
“Pemuda PAS menyokong sepenuhnya pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri memilih sendiri barisan jemaah menteri yang akan bekerja bersama beliau bagi membangunkan semula negara.

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci