728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, 11 March 2020

    'Pembangkang kucar-kacir', sesuai untuk pilihan raya negeri tahun ini - Masing

    Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing (gambar) menjangka Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 akan diadakan pada tahun ini.

    Beliau berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan dua faktor utama iaitu penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) sekarang sudah memasuki tahun keempat dan parti-parti pembangkang ketika ini dalam keadaan 'kucar-kacir'.

    "Saya tidak dapat mengesahkan pilihan raya (PRN12) diadakan tahun ini. Hanya ketua menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) boleh mengesahkannya. Ini hanyalah jangkaan saya," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di sini, hari ini.

    Masing yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan ADUN Baleh berkata kelazimannya pilihan raya negeri akan diadakan selepas penggal DUN memasuki tahun keempat.

    "Jarang kita mengadakan pilihan raya negeri pada tahun kelima penggal DUN. Biasanya kita akan menyerahkan kepada rakyat, untuk menentukan sama ada mereka masih mahukan kita (mentadbir negeri ini).

    "Kedua, kebetulan (ketika ini) pembangkang masih 'kucar kacir' belum bersatu. Ini adalah masa terbaik untuk kita berdepan dengan mereka kerana apabila mereka kembali bersatu, kita akan berdepan saingan lebih sukar," jelasnya.

    Menteri Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur itu menambah, semua parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) sudah bersiap sedia menghadapi PRN 12.

    "Semua kita (parti komponen GPS) telah diarah bersiap sedia (menghadapi PRN12) sejak kita memenangi PRN11 (2016)," tegasnya.

    Masing juga yakin pada PRN akan datang parti-parti di bawah Perikatan Nasional (PN) iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PAS dan BN tidak akan meletakkan calon bertanding pada PRN akan datang.

    "Saya harap tidak (PN bertanding pada PRN12), kita berada dalam rumah panjang yang sama. Saya fikir kita seharusnya tidak menentang antara satu sama lain.

    "Saya fikir PN tidak berminat bertanding pada PRN12. Jadi ancaman utama kita kemungkinan besar adalah PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan DAP (Parti Tindakan Demokratik)," katanya.


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 'Pembangkang kucar-kacir', sesuai untuk pilihan raya negeri tahun ini - Masing Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top