728x90 AdSpace

Wednesday, 4 March 2020

Hari Keputeraan Agong Setiap Isnin Pertama Bulan Jun

PUTRAJAYA, 4 Mac – Kerajaan bersetuju sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi tahun 2020 dipinda daripada hari Sabtu, 6 Jun kepada Isnin, 8 Jun.


Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, dalam kenyataan hari ini, berkata kerajaan juga bersetuju bahawa mulai 2021 dan sepanjang tempoh pemerintahan Al- Sultan Abdullah, Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka adalah pada Isnin pertama bulan Jun setiap tahun.

“Hari Keputeraan Rasmi ini adalah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am,” katanya. – BERNAMA

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 Comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

Item Reviewed: Hari Keputeraan Agong Setiap Isnin Pertama Bulan Jun Rating: 5 Reviewed By: Muhamad Zaki