728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 11 March 2020

    Baru Bian Ahli Parlimen Bebas Bukan BERSATU

    KUCHING: Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian (gambar) hari ini menjelaskan beliau tidak menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

    Baru yang juga bekas Pengerusi PKR Negeri dalam kenyataan menerusi Facebooknya berkata beliau adalah Ahli Parlimen bebas.


    "Mengenai bekas Ahli Parlimen PKR yang menyertai Bersatu, saya ingin menjelaskan bahawa saya bukan sebahagian daripada kumpulan berkenaan.

    "Saya adalah Ahli Parlimen bebas dan saya komited untuk bekerja demi masa depan lebih baik kepada negeri ini dan rakyat Sarawak," katanya.

    Sebelum itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali secara rasmi telah menyertai Bersatu.

    Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu, berkata, permohonan Azmin dan 10 yang lain untuk menyertai parti itu telah dipersetujui dan diterima dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu.

    Baru yang juga bekas Menteri Kerja Raya sebelum ini pernah menjelaskan beliau bersama beberapa rakannya mengambil keputusan untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri Kelapan selepas mengetahui Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan mempertahankan tugasnya untuk memimpin negara ini.

    Susulan daripada itu, Baru bersama dua ahli PKR Sarawak, iaitu Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin dan Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju keluar daripada PKR.

    Bagaimanapun semasa kemelut politik pemilihan Perdana Menteri kelapan, Baru menandatangani Akuan Berkanun menyokong Dr Mahathir.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Baru Bian Ahli Parlimen Bebas Bukan BERSATU Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top