KUALA LUMPUR: DAP menolak dakwaan Pakatan Harapan (PH) hilang majoriti menjadi kerajaan selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan 11 Ahli Parlimen PKR meninggalkan gabungan itu.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, berkata pihaknya mengambil langkah tunggu dan lihat perkembangan berkenaan pada sidang pembukaan Parlimen, bulan depan.
“Saya tolak dakwaan kita (PH) kehilangan majoriti. Saya rasa kerusi Parlimen PH boleh diuji dalam sidang Parlimen pada Mac.
“Waktu itu (sidang Parlimen), kita lihat macam mana perkembangannya.
“Kita juga tunggu mungkin banyak parti politik di negara ini buat sidang media, selepas itu baru boleh kita simpulkan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat tergempar DAP di ibu pejabat parti itu, hari ini.

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci