728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 10 April 2019

    Rosmah dihadapkan ke Mahkamah

    DATIN Seri Rosmah Mansor akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu berhubung kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak.

    Ini merupakan kali kedua isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu didakwa berkaitan kes yang sama.

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya telah mendapat izin mendakwa daripada Jabatan Peguam Negara bagi membuat pertuduhan terhadap Rosmah.

    Rosmah bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 16(A)(a) Akta SPRM 2009, katanya.Terdahulu, Rosmah yang menaiki kereta Proton Perdana hitam dilihat memasuki bangunan ibu pejabat SPRM di sini pada 1.45 tengah hari sebelum keluar kira-kira dua jam selepas itu.

    Menurut kenyataan SPRM, suruhanjaya itu menahan Rosmah pada 1.45 tengah hari selepas hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir kes solar dan kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM.

    Pada November tahun lepas, Rosmah didakwa atas dua pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima rasuah RM1.5 juta dalam kes penyelewengan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi sekolah di Sarawak.

    Beliau mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan itu yang didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.- Bernama

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Rosmah dihadapkan ke Mahkamah Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top