728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, 13 June 2018

    Nasib Penjawat Awam Status Kontrak Akan Lebih Baik Jika BN Berkuasa - Najib




    Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penjawat awam kontrak termasuk guru kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) akan menikmati nasib lebih baik jika Barisan Nasional (BN) kekal sebagai kerajaan. 

    Menurut bekas perdana menteri itu kerajaan BN tidak tergamak memberhentikan seorang pun daripada 17,000 penjawat awam kontrak yang selama ini dibantu punca pendapatannya.

    Merujuk kepada satu status yang dibacanya di Facebook semalam, Najib mendakwa ada penjawat awam kesal dengan tindakan mereka memberi undi kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

    “Seorang guru KAFA menyebut bahawa dia mengundi PH kerana sejak anaknya lahir, dia berdepan dengan momokan terhadap cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)... ke mana dia pergi, pekedai menyebut harga barang naik disebabkan GST. 

    “Tiba-tiba dua hari selepas 9 Mei, dia dapat notis pemberhentian kerja meskipun mengundi PH... ditamatkan (perkhidmatan) pada awal Ramadan dan air matanya menitis apabila melihat wajah dua anak kecilnya,” kata wakil rakyat Parlimen Pekan itu di Pekan, semalam.

    Najib berkata demikian semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan kepada 100 orang golongan asnaf di Masjid Kampung Padang Polo di Pekan semalam, yang turut dihadiri isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

    Beliau seterusnya berterima kasih kepada pengundinya kerana menjadikan Parlimen Pekan sebagai kawasan kemenangan BN tertinggi pada PRU14 walaupun berlaku penurunan dalam jumlah majoriti undi.

    Katanya sebagai anggota Parlimen yang diberikan kepercayaan dan mandat pada pilihan raya lalu, beliau akan terus melunaskan tanggungjawab walaupun dirinya kini dalam kapasiti berbeza.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 Comments:

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Nasib Penjawat Awam Status Kontrak Akan Lebih Baik Jika BN Berkuasa - Najib Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top