728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday 2 June 2018

    Kenapa Harga Barang Bertambah Mahal Atau Tidak Berubah Selepas Kadar GST Disifarkan?






    Ini kerana tiada perancangan teliti oleh kerajaan PH hari ini yang membuat janji & keputusan atas alasan populis semata-mata.


    Harga barangan tidak berubah atau bertambah mahal sebab peniaga membeli stok jualan sekarang pada kadar yg masih berGST & mereka tidak dapat lagi menuntut input tax seperti yang dilakukan pada zaman GST.


    Peniaga tidak diberi peluang atau mekanisme lain untuk menuntut kembali GST yg telah mereka bayar pada peringkat pengilang & pemborong, menyebabkan keseluruhan kadar tersebut terpaksa digandakan kepada pengguna.


    Ini berbeza dengan tindakan kerajaan terdahulu yg telah memberi masa selama 6 bulan kepada peniaga untuk menuntut semula cukai SST yg telah dibayar kepada stok barang jualan, bagi memastikan harga barangan turun atau tidak berubah selepas GST dilaksanakan.


    Jadi contoh KEDAI RM2 menjual barangan pada harga RM2.12 adalah jelas SABOTAJ PENIAGA semata-mata, kerana mereka sudah diberi masa yg cukup untuk menuntut kembali cukai SST yg diserapkan ke dalam harga barangan RM2 tersebut, sebelum pelaksanaan GST.


    Malangnya DS Ahmad Maslan dikecam teruk selepas pelaksanaan GST bila membangkitkan isu SABOTAJ PENIAGA, tapi Salahuddin Ayub PAN dimaafkan atas sebab "baru kahwin takkan terus beranak". -RR



    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2320867251473317&id=100006501948821

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Kenapa Harga Barang Bertambah Mahal Atau Tidak Berubah Selepas Kadar GST Disifarkan? Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top