728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 3 June 2018

    Apa Cara Sekali Pun, Dr M Tetap Mahu Tommy Thomas Jadi Peguam Negara





    ALOR SETAR 3 Jun - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menegaskan kerajaan Pakatan Harapan tetap dengan keputusan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara walaupun ia mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuk Yang di-Pertuan Agong.

    Beliau berkata, pihaknya akan mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi kemelut Peguam Negara itu secepat mungkin mengikut peraturan yang ditetapkan.

    “Kita buat keputusan sesuatu mengikut undang-undang dan Pelembagaan kita, Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai penasihat. Kita berpegang kepada prinsip itu.

    “Usaha sedang dijalankan untuk mengatasi masalah ini dan tidak ada manfaat bagi saya membuat penjelasan sebelum usaha dijalankan,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah di Seri Mentaloon, di sini hari ini.

    Dilaporkan bahawa cadangan nama yang diberikan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mencalonkan peguam kanan, Tommy Thomas sebagai Peguam Negara tidak mendapat restu Yang di-Pertuan Agong.

    Pada dasarnya, Dr Mahathir berkeras mahu menggantikan Tan Sri Apandi Ali dengan hanya mencadangkan nama Thomas kepada Sultan Muhammad V.

    Mengulas lanjut, Dr. Mahathir juga memberitahu bahawa pemilihan Tommy itu tidak dibuat di bawah tekanan mana-mana pihak memandangkan Tommy pernah berkhidmat sebagai peguam kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini.

    “Lim Guan Eng duduk dalam kerajaan dan menjadi Menteri Kewangan kenapa pula orang ini (Tommy) tidak boleh kalau dia berbaik dengan Guan Eng.

    “Dia (Tommy) adalah peguam untuk semua orang dan peguam mengambil kes yang memberikan mereka pendapatan,” katanya.

    Kata beliau, pihaknya juga masih mengkaji cadangan untuk memisahkan Pejabat Pendakwaraya Negara daripada Peguam Negara seperti diputuskan dalam Manifesto gabungan itu sebelum ini.

    “Tetapi itu belum kita putuskan lagi ia cadangan sahaja,” katanya. - UTUSAN ONLINE


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Apa Cara Sekali Pun, Dr M Tetap Mahu Tommy Thomas Jadi Peguam Negara Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top