BEBERAPA hari sebelum barisan kabinet persekutuan yang baru dibentuk, kita mendengar rungutan tentang Malaysia mempunyai ramai orang “tidak berpelajaran” dan beberapa hari selepas itu Mat Sabu dilantik sebagai Menteri Pertahanan!!
Ironi.
Tapi itu bukanlah masalahnya kerana kita tahu sekarang untuk menjadi Menteri persekutuan tidak perlu pelajaran tinggi sebaliknya kedudukan dalam parti.
Agak aneh juga kenapa dulu seorang Menteri Besar sebuah negeri di utara dikutuk dan dihina kerana taraf pendidikannya tapi sekarang tak kedengaran apa pula, adakah kerana fahaman politik yang berbeza?
Entah.
Apa pun penulis cuma nak berkongsi serba sedikit peranan Menteri Pertahanan yang penulis tahu - selain mengetuai kementerian.
Lazimnya di Malaysia, Menteri Pertahanan akan memberikan ucapan setahun sekali dan menjawab soalan para pelatih dari pelbagai negara di dunia selain Malaysia di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT).
Kita tak risau bab baca ucapan, kita gerunkan bahagian jawab soalan.
Selain itu sebagai antara negara anggota dalam Five Power Défense Arrangement (FDPA), Menteri Pertahanan juga perlu sering menghadiri mesyuarat Bersama yang diadakan secara giliran di kalangan negara anggota.
Ini semua menterilah kena pergi sebab negara lain hantar Menteri juga, takkan kita hantar timbalan atau lebih rendah dari itu jawatannya?
Persoalannya, mungkinkah dalam semua acara ini nanti Bahasa Melayu akan digunakan?
Jika ya, penulis mengucapkan tahniah kepada kerajaan Pakatan kerana bakal mengangkat martabat Bahasa Melayu ke peringkat lebih tinggi lagi terutama dalam bidang pertahanan. Setaraflah kita dengan Menteri Pertahanan Jepun dan sepertinya yang berucap dalam Bahasa ibunda mereka.
Perdana Menteri 92 tahun, tertuduh rasuah jadi Menteri Kewangan dan Mat Sabu jadi Menteri Pertahanan – "cerah" masa depan negara kita 5 tahun ke depan.
Sumber : Facebook Noris Kama
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci