728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 3 May 2018

    Beri Undi Bukan Cara Berterima Kasih Kepada Mahathir - Nawawi Ahmad





    “Jangan pilih orang yang bercuti tapi pilihlah anak tempatan” demikian mesej yang ingin disampaikan oleh calon Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad kepada pengundi di pulau bersejarah itu.

    Ini kerana calon Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad bukannya menetap di Langkawi jadi bagaimana penduduk mahu mengadu masalah mereka kelak.

    Jika ada yang menyatakan mereka mahu memilih Mahathir sebagai wakil rakyat di situ kerana sentimen kasih sayang, mereka harus ingat jasa-jasa Mahathir dulu adalah ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

    Mahathir dipilih sebagai Perdana Menteri atas tiket UMNO dan Barisan Nasional (BN) jadi memang tanggungjawab beliau adalah untuk berkhidmat kepada rakyat.

    “Boleh berterima kasih kepada Mahathir, tapi bukan dengan cara memberi undi kepada beliau. Berilah penghargaan kepada beliau melalui cara lain,” kata Nawawi ketika ditemui di pejabat UMNO di Alor Setar.

    Perdana Menteri lain iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak juga sentiasa memberikan tumpuan kepada Langkawi malah beliau telah mengumumkan peruntukan bernilai RM1.3 bilion bagi lima projek infrastruktur di Langkawi menerusi peruntukan Rolling Plan Ketiga (PR3) Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), pada Februari lalu.

    Lima projek infrastruktur itu adalah merangkumi projek tadahan air, menaik taraf Hospital Langkawi, pembinaan balai bomba, kuarters dan jalan raya. Selain itu, kerajaan Persekutuan juga meluluskan pembesaran Hospital Langkawi melalui pembinaan bangunan tambahan dengan kos berjumlah RM500 juta.

    Ia bukan dedak pilihan raya seperti yang didakwa oleh pembangkang sebaliknya projek-projek ini sudah ada dalam RMK11 dan ia juga menunjukkan bahawa Najib tidak pernah meminggirkan Langkawi.

    Jadi apabila pembangkang memainkan isu kononnya Langkawi pesat membangun kerana Mahathir adalah tidak tepat kerana selepas beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, pembangunan itu disambung pula oleh penggantinya.

    Apabila Mahathir menyertai pembangkang, beliau sebenarnya diperkudakan oleh DAP dan PKR. Malah Mahathir diletakkan untuk bertanding di Langkawi kerana majoriti penduduk di situ adalah Melayu.

    Jangan jadikan seseorang yang sudah berusia 93 tahun sebagai wakil rakyat anda. Mahathir sudah tua, sudah tiada khudrat untuk berkhidmat kepada rakyat. Beliau juga hanya bercuti di Langkawi, bukannya menetap di situ.

    Beri peluang kepada anak tempatan yang berada di situ untuk berkhidmat kepada penduduk Langkawi. Calon-calon BN di Parlimen dan DUN di pulau itu menetap dan tinggal di Langkawi. Mereka boleh memberikan khidmat yang terbaik kepada penduduk Langkawi.

    #BersamaBN #HebatkanNegaraku #GE14 #PulangMengundi


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Beri Undi Bukan Cara Berterima Kasih Kepada Mahathir - Nawawi Ahmad Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top