728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 30 April 2018

    Nawawi Ahmad Fokus Kepada Peluang Kerja & Perniagaan Buat Anak Muda Langkawi






    Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad berjanji akan membantu golongan muda dengan mencipta peluang pekerjaan dan peniagaan jika sekali lagi diberi kepercayaan sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

    Itu adalah fokus utama beliau kerana baginya setiap anak muda di kawasan ini mendapat pekerjaan atau membuka perniagaan sendiri bagi membantu mereka menjana pendapatan khususnya menjadi usahawan dalam sektor pelancongan.

    Tambah Nawawi, beliau juga akan meminta kerjasama daripada jabatan dan agensi-agensi kerajaan bagi membuka peluang kepada golongan muda ini memperoleh pekerjaan.

    Antara perniagaan yang mendapat perhatian di Langkawi adalah perniagaan makanan berkonsepkan food truck, jadi ejen pelanconga, memberi perkhidmatan bot dan banyak lagi peluang pekerjaan lain yang boleh dicipta.

    Sementara itu, Nawawi berkata, selain memberi fokus kepada orang muda, pihaknya juga tidak melupakan golongan wanita di kawasan ini.

    Jelasnya, kaum wanita juga perlu diberikan peluang khususnya dalam bidang perniagaan secara atas talian bagi membantu mereka menjana pendapatan terutama melibatkan suri rumah.

    Memetik Utusan Online, beliau juga menekankan peserta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di kawasan tersebut supaya dikembangkan jumlah keahlian supaya memudahkan mereka menjalankan pelbagai perniagaan.

    Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei depan, Nawawi yang juga penyandang kerusi Parlimen Langkawi bakal berhadapan saingan calon PKR, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Zubir Ahmad daripada Pas.


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Nawawi Ahmad Fokus Kepada Peluang Kerja & Perniagaan Buat Anak Muda Langkawi Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top