728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, 3 April 2018

    Cameron Highlands : Sudah 2 Orang Kanan Najib Beri "Hint", Apakah MIC Terus "Pekak & Tuli"?






    "Misalnya, jika MCA boleh menang (sesuatu kerusi itu), bagi kepada MCA. Jika UMNO boleh menang, bagi kepada UMNO dan jika Gerakan boleh menang, bagi kepada Gerakan begitu juga dengan Parti Progresif Penduduk (MyPPP)," kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

    Rujuk : BN Tak Ikut Kawasan Tradisi, Tetapi Guna Pendekatan Siapa Boleh Menang


    Sebagai seorang pemimpin paling rapat dan cukup kanan dengan 'big bos' iaitu Datuk Seri Najib Razak, sudah tentu apa yang Tengku Adnan atau Ku Nan sebutkan dari mulutnya adalah juga merupakan aspirasi Perdana Menteri.


    Dalam beberapa keadaan, Najib selaku Pengerusi BN tidak boleh mengeluarkan apa-apa 'hint' sebegitu rupa kerana mahu mengekalkan keharmonian dalam komponen BN.


    Oleh yang demikian, Ku Nan atau timbalannya adalah insan yang paling tepat untuk 'mewakili' isi hati Najib untuk memberitahu orang ramai.


    Sama juga dalam isu perebutan kerusi Parlimen Cameron Highlands. Pucuk pimpinan BN sekarang ini hanya fokus kepada kemenangan besar BN dalam PRU14 sahaja.


    Ini bermakna buat sementara waktu ini, status 'kawasan tradisi' mungkin terpaksa 'hold' dahulu kerana mahu memburu kemenangan yang lebih besar.


    Apa lagi yang harus kita gebangkan, jika di Cameron Highlands itu rata-rata masyarakat Orang Asli, orang Melayu dan kebanyakan orang Cina sudah amat yakin dengan Tan Sri M Kayveas.


    Walaupun beliau adalah presiden sebuah parti komponen yang memaksa beliau berada di banyak tempat seluruh negara, namun bagaimana kemahirannya untuk memberi sedikit ruang dan masa buat penduduk Cameron Highlands itu amat dipuji rakan dan lawan.


    Tak perlu lagi kita berdrama atau bergebang besar tentang kekuatan yang belum pasti diuji untuk bertanding di kerusi-kerusi yang 'nyawa-nyawa ikan' seperti Cameron Highlands ini.


    Sekiranya BN sudah ada calon yang disukai oleh rakyat marhaen sendiri, apa lagi alasan untuk kita memilih tradisi parti sebagai calon di kawasan berkenaan?


    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri sudah ulas akan perkara ini pada 31 Mac 2018 yang lalu di Tapah, Perak.


    Rujuk : Zahid : Pesan Dari Tapah, Untuk Kerusi Cameron Highlands


    Kini giliran Ku Nan pula membuka mulut memberitahu perkara yang hampir serupa.


    Justeru, mesej jelas kepada MIC cukup mudah. Jika rakyat marhaen di Cameron Highlands amat selesa dan mahukan Kayveas sebagai wakil rakyat mereka, maka MIC wajar berhentikan serangan persepsi mereka untuk merebut kerusi itu.


    Sudah dua 'orang kanan' Najib memberi 'hint' tentang perkara ini, apakah MIC mahu jadi 'pekak dan tuli'? - KAKI PALU

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Cameron Highlands : Sudah 2 Orang Kanan Najib Beri "Hint", Apakah MIC Terus "Pekak & Tuli"? Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top