Saturday, 10 March 2018

'Sepuluh Janji Seratus Hari' Pakatan Bakal Dimungkiri




Pakatan memang pandai menanam tebu di tepi bibir.


Dalam tempoh 100 hari pertama ambil alih Putrajaya, dia canang nak laksanakan sepuluh janji, yang mana hampir kesemuanya melibatkan peruntukan kewangan yang besar.


Rasionalnya, janji-janji yang ditabur perlu menyatakan anggaran pengiraan, kerana jika sebaliknya, ia hanyalah bersifat populis semata-mata seperti janji Pakatan.


Tambahan pula antara janji yang mahu dilaksana dalam 100 hari adalah mansuh cukai GST.


Kalau mansuh GST, macam mana nak kumpul dana untuk hapus hutang Felda, bayaran PTPTN, caruman KWSP untuk suri rumah, Skim Peduli Sihat dan macam-macam lagi janji mereka.


Untuk makluman, kerajaan laksana GST pun hujung-hujung hasil kutipannya dipulangkan kepada rakyat.


Tahun lepas saja, hasil kutipan GST dari 1 Januari hingga 30 September 2017 sebanyak RM 29.81 bilion.


Boleh nampak betapa caca merbanya manifesto Pakatan!





#HarapanPalsu
#TolakPakatanPRU14
#BarisanProRakyat

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci