Friday, 9 March 2018

Pembangkang Baru Hendak Janji, BN Sudah Laksanakan




Senarai janji yang dilancarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai manifesto malam tadi untuk PRU14 adalah satu janji kosong, kerana Barisan Nasional (BN) sudah pun melaksanakan keseluruhan manifesto itu kepada rakyat.

PH yang kini dipimpin oleh Pengerusinya, Mahathir Mohamad melancarkan dua senarai manifesto iaitu untuk 100 hari pertama dan kemudian untuk jangka masa lima tahun. Tidak ada apa-apa yang menarik pun dalam pelancaran semalam.

Orang yang bentang pun "recycle", buat janji pun "recycle" balik benda yang sama.

Dalam ucapannya, Mahathir berkata orang Malaysia ramai yang makan dedak. Tidak habis habis Mahathir hendak hina orang. Kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang baik selesaikan dulu masalah banjir dan masalah gangguan bekalan air di negeri mereka sebelum hendak bincang pasal manifesto.

Janji PH hendak mansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah satu janji yang bakal bawa negara terkebelakang dalam kalangan negara-negara maju yang sudah pun melaksanakan GST lebih lama dari Malaysia. GST dilaksanakan kerana ia boleh mengelakkan perbuatan mengelak cukai selain ia lebih adil kepada rakyat.

Pembangkang tidak akan mansuh GST, Tun Daim, Azmin Ali dan Anwar Ibrahim sendiri pun iktiraf GST sebagai sistem cukai yang telus dan baik. Baca sini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1694644450630504&id=1122306847864270

Sistem cukai SST ini tidak telus dan akan menjadikan orang tengah kaya serta tidak adil. Pembangkang tidak akan mansuh GST, mereka akan ikut model GST di Singapura nanti kalau mereka memerintah.

Kemudian, PH kata hendak kekalkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi kononnya tidak mahu ada penglibatan politik semasa pengagihan.
Sebelum ini, Mahathir dan beberapa pemimpin pembangkang kata BR1M adalah rasuah daripada kerajaan untuk beli undi. Ia sudah lama dilaksanakan BN sejak 2012 dan ia terbukti meringankan beban rakyat.

Dalam hal BR1M ini, Mahathir buat "U-turn" dengan mengekalkan pemberiannya pula.

Selain itu, pembangkang berjanji untuk menyamaratakan dan menaikkan kadar gaji minimum untuk pekerja di seluruh negara. Ketika ini gaji minimum sudah pun dilaksanakan di Malaysia dan sudah dinaikkan pada Julai 2016 kepada RM1,000 bagi Semenanjung Malaysia manakala RM920 bagi pekerja di Sabah dan Sarawak.

Sebelum ini, Mahathir tidak suka pelaksanaan gaji minimum tapi kali ini dia "u-turn" lagi.

Janji populis pembangkang untuk mengurangkan beban hutang PTPTN kepada pelajar yang mengambil pinjaman itu juga sudah dilaksanakan BN sebelum ini lagi.

Pada zaman pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan sudah longgarkan syarat bayaran balik pinjaman PTPTN dengan pemberian diskaun. Pemegang ijazah kelas pertama dikecualikan dari bayaran balik. Malahan, pendidikan di universiti awam sudah disubsidikan sebanyak 90 peratus.

Langkah pakatan dalam isu PTPTN ini adalah tidak adil untuk peminjam yang konsisten membuat bayaran balik.

Kerajaan juga akan berdepan masalah kutipan bayaran balik jika ia ditangguhkan kepada semua peminjam yang memperoleh gaji kurang dari RM4,000 sebulan. Ia jelas satu langkah populis yang tidak bertanggungjawab.

Janji PH untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk siasat 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji juga tidak memperlihatkan keikhlasan mereka secara keseluruhannya. Dulu, Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail janji kata jika PH menang PRU14 kerajaan pakatan akan siasat skandal yang melibatkan Mahathir melalui RCI.

Selepas Mahathir jadi Pengerusi dan dinamakan sebagai calon Perdana Menteri, terus senyap cadangan penubuhan RCI untuk siasat kes Memali, skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF), skandal terowong dasar laut, skandal tanah Ijok, skandal banglo Lim Guan Eng dan banyak lagi skandal.

Kemudian, PH mahu memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberikan RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar bagi golongan B40. Kerajaan BN sudah laksanakan dengan mewujudkan Klinik 1Malaysia di mana orang ramai boleh mendapatkan rawatan dan ubat hanya dengan bayaran RM1 sahaja.

Bagaimana pembangkang mahu memastikan proses mendaftarkan klinik swasta itu telus dan tidak melibatkan rasuah?

Pakatan juga merancang untuk mewujudkan Akta Kawalan Pembiayaan Politik yang bertujuan mengawal dana yang didermakan kepada parti politik untuk membiayai gerak kerja politik. Akta ini sudah lama mahu diperkenalkan oleh Najib tetap ditolak mentah-mentah oleh pembangkang.

Apabila didesak jawab soal dana dari Israel berjumlah RM1.2 bilion dan dari George Soros, sampai ke hari ini mereka tidak mahu jawab atau beri penjelasan.

Pembangkang baru hendak janji cadang tubuh satu jawatankuasa khas bagi Sabah dan Sarawak. Ianya sudah pun dilaksanakan kerajaan BN pada 16 September tahun lepas lagi.

Pembangkang baru cadang hendak buat skim KWSP untuk surirumah, Barisan Nasional sudah lama laksanakan skim itu sejak Januari 2010 lagi. Sejumlah 14,786 surirumah terlibat dengan caruman sejumlah RM13.2 juta.

Pembangkang baru menanam janji manis semata mata hendak umpan undi. Kerajaan Barisan Nasional sudah lama laksanakan apa yang pembangkang janji itu terutamanya mengenai BR1M dan subsidi tersasar kepada rakyat.

Buat manifesto tetapi banyak ciplak idea dan apa yang BN telah buat. Kenapa tidak cakap apa yang Selangor dan Pulau Pinang telah buat selama 10 tahun di sana?

Sebab tiada benda yang dibuat, tiada kejayaan yang boleh dicerita dan ditiru. Banyak skandal rasuah, seleweng, gadai tanah dan gaduh sesama mereka.

Pembangkang berjanji sesama mereka pun mereka tidak tepati, lihat apa sudah jadi pada PAS. Bersama sama rebut kuasa di Selangor dan Penang, akhirnya diterajang keluar begitu sahaja oleh DAP dan PKR.

Boleh percayakah janji pembangkang yang sebegini? Jangan percayalah.


Tulisan :
Beruang Biru
BB813, Jumaat
9 Mac 2018

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci