Penolong Pengarang Berita Malay Mail Online, Zurairi Abdul Rahman (AR) menempelak umat Islam yang dilihatnya lantang bersuara demi memelihara kesucian agama termasuklah yang terbaru apabila membangkang tindakan Neelofa melancarkan tudung terbarunya di kelab malam Zouk, sebagai pemecah belah masyarakat yang harus dicabar.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Zurairi AR itu menukilkan pandangan sedemikian dalam artikelnya yang berjudul, “Of sacred and profane places” yang telah disiarkan di portal The Malay Mail Online.
Zurairi AR berkata, “Fahaman ini walau bagaimanapun menjadi lebih merbahaya apabila sebilangan umat Islam semakin mencuba untuk lebih dan lebih memaksa status suci ini ke ruangan awam yang dikongsi oleh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kepercayaan dan budaya.”
Keadaan ini menurutnya lagi telah menyebabkan umat Islam bangkit membantah gereja-gereja yang dibuka di kawasan yang didiami oleh umat Islam sedangkan masjid-masjid kekal bersikap tidak sensitif dengan memekak menggunakan pembesar suara di waktu-waktu yang janggal.
Beliau berkata, “Kerana itulah kita dapat protes-protes terhadap gereja-gereja di kawasan yang didiami umat Islam sedangkan sebelumnya kita mendapati rumah-rumah ibadat berada di baris yang sama, tetapi masjid-masjid akan berkeras untuk memekak dengan pembesar suara pada waktu-waktu janggal sedangkan golongan Muslim sendiri menentang kemahuan yang tidak sensitif tersebut.”
“Kerana itulah kita dapat seruan supaya perayaan dan upacara penyembahan golongan bukan Islam dilakukan dalam tempat tertutup sedangkan umat Islam adalah bebas untuk merencanakan karnival-karnival di lapangan awam dan sewaktu keraian sekular.”
“Kerana itulah kita dipisahkan di pasaraya-pasaraya, troli-troli membeli belah, di kantin-kantin sekolah, bagi menjauhkan godaan-godaan kepada umat Islam sewaktu Ramadan,” getusnya lagi.
Zurairi AR sebelum ini juga pernah menempelak masyarakat Melayu kerana menolak perhubungan seks songsang sesama jantina sebagai bersifat ‘homophobia’ dan menolak fitrah semulajadi hidupan.
Beliau mendesak agar anak-anak dididik untuk meraikan LGBT, dan menganggap pelakuan seks sumbang itu sebagai normal.
Zurairi berkata, “Dunia sudah berubah. Generasi akan datang tidak lagi terikat dengan idea-idea lapuk yang masih dipegang oleh orang-orang tua yang mahu memaksa kepercayaan-kepercayaan mereka ke atas orang lain. Dan kita sebagai ibu bapa hendaklah mengambil cabaran ini untuk turut maju.”
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci