Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari telah disahkan bertunang dengan bekas calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.
Zairil mengesahkan perkara itu di halaman Facebooknya pada pagi tadi, selepas tersebar khabar angin pada semalam tentang majlis pertunangan mereka di laman sosial.
“Hari ini, saya amat berbesar hati bersama-sama keluarga dan teman-teman rapat untuk meraikan pertunangan saya dengan Dyana Sofya di Ipoh.
“Ini adalah majlis yang paling istimewa dan saya gembira mendapat sokongan daripada mereka yang paling saya sayangi,” katanya.
Zairil yang juga Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata, ia merupakan lembaran baru selepas perkahwinannya sebelum ini berakhir dengan perceraian pada tahun lalu.
“Dalam kehidupan ini, kita perlu melangkah ke hadapan.
“Saya benar-benar gembira dapat menemui Dyana… seorang yang saya tahu akan menjadikan pasangan hidup yang serasi,” katanya sambil menambah bahawa Dyana turut disenangi ahli keluarganya, terutama dua anaknya.
Terdahulu, berita pertunangan Zairil dan Dyana tular di laman Facebook apabila seorang individu mengucapkan tahniah kepada pasangan itu yang didakwa akan bertunang.
Pada Oktober 2014, kedua-dua pasangan itu terpalit dengan kontroversi selepas beberapa keping gambar intim mereka tersebar di laman sosial namun dinafikan pasangan terbabit.
Pasangan itu sekali lagi menjadi perhatian pada April tahun lalu selepas video individu yang didakwa mereka menari mesra turut tular di laman sosial.
Zairil sebelum ini berkahwin dengan Noor Dahlia Hamzah namun menurut maklumat yang turut tular di media sosial, mereka sudah bercerai Oktober tahun lalu.
Tetapi berita itu tidak dapat dipastikan kesahihannya.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci