728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 22 January 2018

    Umum PRU14 Awal, Senang Nak Balik Mengundi - Bersih Shanghai





    BERSIH Shanghai menggesa Putrajaya mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekurang-kurangnya dua bulan lebih awal agar rakyat Malaysia di luar negara sempat untuk pulang mengundi.

    Kumpulan pendesak pilihan raya adil dan bebas itu berkata, pengumuman lebih awal akan membantu pengundi merancang perjalanan, mengambil kira kos dan masa yang sesuai untuk pulang ke tanah air.

    Jelas badan itu, notis singkat tarikh pilihan raya melibatkan kos yang tinggi kepada pengundi kalau mereka sudah pulang ke Malaysia untuk perayaan Krismas dan sambutan tahun baru serta Tahun Baru Cina pada pertengahan Februari.

    “Tidak semua rakyat Malaysia yang berada di luar negara mempunyai kewangan yang stabil," kata Bersih Shanghai dalam satu kenyataan hari ini.

    Bersih Shanghai ditubuhkan sejak perhimpunan Bersih edisi ketiga pada 2012, apabila ia mengadakan rapat umum di The Bund, lokasi tumpuan pelancong terkenal di bandar raya itu.
    Pada PRU13, ia menggerakkan kempen "pulang mengundi" dan kemudian menganjurkan kempen Bersih 4 peringkat dunia.

    Mengambil contoh United Kingdom yang mengumumkan tarikh pilihan raya lapan minggu lebih awal, Bersih Shanghai berkata  pengumuman awal juga membolehkan pengundi merancang cuti semasa cuti sekolah 17 hingga 25 Mac.

    Selain pengumuman awal tarikh pilihan raya, Bersih Shanghai juga menuntut syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines dan AirAsia memberikan tawaran khas tiket kapal terbang kepada rakyat Malaysia yang balik untuk mengundi.

    Kenyataan itu menyebut ada 20,000 rakyat Malaysia di China dengan 8,000 daripadanya di Shanghai.

    Sementara itu, Bersih Shanghai menggesa rakyat Malaysia yang berada di luar negara cuba sedaya upaya balik ke negara untuk mengundi walaupun kerajaan menyediakan kemudahan undi pos.

    “Suruhanjaya Pilihan Raya memperkenalkan undi pos kepada rakyat Malaysia di luar negara pada pilihan raya lalu.

    “Bagaimanapun proses pengiraan undi dijalankan secara tertutup tanpa pemerhati,” kata kenyataan itu.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Umum PRU14 Awal, Senang Nak Balik Mengundi - Bersih Shanghai Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top