Oprah Winfrey mungkin bertanding jawatan Presiden, mencabar Donald Trump selepas timbul spekulasi personaliti TV bilionair itu sedang mempertimbangkan rancangan tersebut.
Sehari selepas memberi ucapan menaikkan motivasi kaum wanita di anugerah Golden Globes, wanita berkarisma itu menerima banyak panggilan menggesa beliau bertanding untuk jawatan Presiden.
Rata-rata ahli Demokrat mengakui Winfrey lebih baik berbanding Trump. Malah, ahli Republikan sendiri mengatakan beliau adalah pesaing yang lebih kuat berbanding Presiden bintang realiti itu.
Dalam satu temu bual kira-kira 20 tahun lalu, Trump sendiri pernah menamakan Winfrey sebagai Naib Presiden pilihannya.
Rumah Putih turut mengulas mengatakan cabaran itu dialu-alukan tidak kira Winfrey atau sesiapa saja. Bagaimanapun, Winfrey menafikan spekulasi itu.
“Saya tidak mahu. Saya tidak akan bertanding untuk apa-apa jawatan,” katanya di belakang pentas ketika acara anugerah Globes ketika ditanya sama ada beliau mahu bertanding jawatan Presiden.
Agensi berita CNN yang memetik dua sumber disifatkan sebagai ‘teman rapat’ memaklumkan Winfrey sedang mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Presiden.
MEnurut laporan itu lagi, rakan baik Oprah turut mengatakan bahawa Oprah boleh ‘dipujuk’ agar bertanding di masa akan datang. – AFP
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci