TAHUN 2018 melakar sejarah baharu apabila pelbagai perubahan besar berlaku kepada beberapa rancangan terbitan stesen televisyen swasta terrestrial, TV3.
Jika sebelum ini, TV3 mengumumkan pelakon, Mira Filzah sebagai hos baharu program Nona 2018 menggantikan Uyaina Rashid, nampaknya rancangan hiburan sensasi, Melodi turut menerima wajah baharu!
Bakal menampilkan duo terbaharu, TV3 menggandingkan aktres, Janna Nick dan pelawak popular, Ajak Shiro sebagai pengacara terkini untuk program infotainment paling popular berkenaan.
Pemilihan Janna dan Ajak itu sekali gus mengesahkan yang kini pengacara terkenal, Awal Ashaari sudah tidak lagi bersama Melodi selepas hampir enam tahun mengendalikan program hiburan tersebut.
Pada musim terbaharu ini, TV3 memaklumkan bahawa Melodi bakal bersiaran secara langsung selama satu jam setengah bermula jam 12 tengah hari hingga 1.30 petang pada setiap Ahad.
Bukan itu sahaja, malah pihak TV3 juga memberitahu bahawa Melodi kali ini bakal menampilkan tiga segmen baharu bagi mengekalkan identiti rancangan tersebut sebagai program yang ‘fresh’ dan hip.
Tahniah diucapkan buat Janna dan Ajak! Mungkin ini rezeki buat kalian. Semoga gandingan ini akan lebih memeriahkan lagi program berkonsep santai itu! All the best!
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci