BINTANG gusti WWE, Paige mungkin tidak dapat beraksi lagi di gelanggang selepas cedera di leher selepas jatuh ke lantai akibat ditendang oleh lawannya, Sasha Banks di Long Island, New York.
PWInsider melaporkan, sumber memaklumkan bintang muda berusia 25 tahun itu kini tidak akan dapat beraksi lagi. Dia terpaksa menjalani pembedahan leher.
Pada mulanya kecederaan itu dipercayai tidak serius lalu WWE menawarkan Paige untuk mengambil bahagian dalam gusti wanita Royal Rumble pada bulan ini.
Bagaimanapun ujian perubatan tambahan mendapati demi kepentingannya, Paige perlu berhenti bergusti.
Paige atau nama sebenarnya Saraya-Jade Bevis, mempunyai dua juta pengikut di laman Twitter. Dia mengalami tekanan dan anorexia selepas video seksnya terbongkar.
Dia yang berasal dari England, tertekan kerana hak privasinya telah diceroboh hingga ke tahap enggan keluar rumah.
“Saya sedang duduk di satu tempat apabila seorang lelaki datang dan kata pada saya, ‘itulah pelakon lucah’, Saya menangis dalam tandas dan sukar untuk rapat dengan sesiapa pun. Saya tidak keluar rumah selama beberapa bulan.
“Saya sangat sedih hingga ke tahap mahu membunuh diri,’’ katanya kepada Chasing Glory With Lilian Garcia dalam satu temubual sebelum ini.
Paige bukan sahaja berdepan kontroversi apabila video seksnya dicuri malah dia pernah digantung oleh WWE sebanyak dua kali pada 2016 kerana mengambil ubat larangan. – Agensi
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci