728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, 6 December 2017

    Go To Hell : Azwan Ali Gelar Sheila Majid Sebagai "Artis Sangkak"



    Selebriti yang popular dengan pelbagai kenyataan-kenyataan pedas berapi, Azwan Ali, menyelar tindakan penyanyi, Datuk Sheila Majid yang membangkitkan keluhan berkaitan kos sara hidup rakyat.

    Azwan berkata beliau sendiri terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan ratu Jazz negara kerana menurutnya Sheila merupakan artis yang beliau segani dan hormati.

    “Bila dia meroyan seperti itu, itu merosakkan generasi baru. Anda (Sheila) kononnya artis besar, kalau kau berjaya, kau ada datuk, kaya raya, ada pengikut berjuta bukankah kerana kerajaan. Go to hell (pergi jahanam).

    “Saya rasa dia zaman sudah jatuh, bila lagi hendak popular, tetapi tidak boleh lawan Azwan Ali punya viral,” katanya sewaktu ditemui di Perhimpunan Agung Umno kali ke-71 2017, di PWTC, hari ini.

    Penyanyi popular Sheila Majis menarik perhatian warga Internet apabila beliau mengeluh kos hidup yang tinggi dan nilai ringgit yang lemah di Twitter.

    Kenyataan itu muncul selepas rakan artis Fathia Latiff membela bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berdepan laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berkaitan kerugian Bank Negara pada 90-an yang tidak memihaknya.

    Azwan juga berkata, kenyataan Sheila terhadap kerajaan itu seolah-olah membunuh diri sendiri memandangkan Sheila mendapat banyak keuntungan dari kerajaan BN.

    “Dia sebagai seorang berpengaruh, seorang diva harus menggunakan sedikit common sense dengan situasi tidak perlu beremosi. Bila orang hormati dia, dia buat kenyataan sedemikian, ia membunuh diri.

    “Ia (kenyataan Sheila) tidak akan jejaskan BN. Najib tidak perlu artis sangkak untuk menang pilihan raya. Najib adalah nama yang terlalu besar, apalah sangat dengan artis sangkak,” kata Azwan yang juga dikenali sebagai Diva AA.


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Go To Hell : Azwan Ali Gelar Sheila Majid Sebagai "Artis Sangkak" Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top