728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday, 31 December 2017

    Bayar Tebus Mangsa Culik Dengan Bitcoin




    Sekumpulan penculik di Ukraine telah membebaskan seorang pengurus firma urus niaga bitcoin yang berdaftar di United Kingdom setelah mendapat bayaran lebih daripada AS$1 juta (RM4.06 juta) dalam bentuk mata wang bitcoin sebagai wang tebusan.

    Perkara itu didedahkan oleh penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine kepada Reuters semalam.

    Pavel Lerner, seorang penganalisis terkemuka dan pakar rantaian blok telah diculik oleh enam lelaki bertopeng yang tidak dikenali pada 26 Disember lalu, menurut kenyataan syarikatnya, EXMO Finance, di laman sesawangnya.

    “Ini adalah kes pertama di Ukraine yang dikaitkan dengan bitcoin,” kata penasihat Menteri Dalam Negeri, Anton Gerashchenko menerusi satu pesanan ringkas.

    Namun tidak dapat dipastikan siapa yang membayar tebusan tersebut tetapi syarikatnya menjelaskan menjelaskan bidang tugas Lerner di EXMO tidak melibatkan akses kepada aset kewa­ngan para penggunanya.

    “Pada masa ini, dia selamat, dan tidak ada sebarang kecede­raan fizikal yang dikenakan kepadanya.

    “Namun, Lerner kini berada dalam keadaan tertekan, oleh itu, dia tidak dapat memberikan apa-apa ulasan rasmi dalam tempoh terdekat,” jelas syarikat tersebut dalam satu kenyataan.

    Berita mengenai Lerner me­ngejutkan ramai ketika bitcoin dan mata wang kripto kembali pulih selepas berdepan kerugian selama dua hari ekoran penga­wal­seliaan yang diperketat terhadap mata wang digital itu dalam usaha untuk mengekang spekulasi berlebihan.

    Banyak mata wang digital menyaksikan nilainya melonjak pada tahun ini. – REUTERS

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Bayar Tebus Mangsa Culik Dengan Bitcoin Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top