728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday, 23 November 2017

    Sekali Lagi Netizen 'Sekolahkan' Fathia




    Aktres kontroversi Fathia Latiff kembali lagi dengan persoalan terbarunya berkaitan dengan pengenalan perkataan baharu Bahasa Malaysia diperkenalkan Jawatankuasa Istilah Semasa & Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

    Memetik laporan Sinar Harian online, dalam satu 'tweet'nya, bintang drama Menanti Februari mempersoalkan penggunaan tunafoto untuk perkataan 'Photobomb'.

    Kenapa nak kena tunafoto? kenapa bukan fotobom atau bomfoto? Dari mana datangnya ikan?" soalnya.

    Statusnya itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata berusaha menerangkan kepada aktress tersebut kaitan antara 'tuna' dan 'foto'.

    "Ikut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tuna bermaksud cacat, rosak. Senang cerita maksudnya buruk," jelas pengguna Twitter, Sufian Abas.

    Turut menyokong merupakan pengguna Twitter, Izqaxque.

    "Tuna itu bahasa dari Bahasa Indonesia yang secara harfiah bermakna 'rosak/cacat' atau tidak memiliki.

    "Contohnya tuna daksa: cacat tubuh badan, tuna susila: rosak akhlak, tuna foto: mencacatkan gambar," tulisnya.

    Bagaimanapun, ada juga peminat yang mempertahankan tindakan Fathia bertanyakan soalan tersebut seperti pengguna Twitter, Uncle Bobby.

    "Ini Twitter dia, kot suka hati dia lah nak tweet apa pun," tulisnya.

    Sementara itu, Fathia dalam 'tweet' lain bercakap mengenai bergurau dipercayai merujuk kepada persoalannya itu.

    "Kalau tak boleh nak melawak, jangan jadi manusia. jadi ikan," tulisnya.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Sekali Lagi Netizen 'Sekolahkan' Fathia Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top