Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memberi jaminan kerajaan akan memastikan bantuan tiba kepada mangsa banjir, sambil meminta semua pihak bekerjasama ketika bencana melanda kini.
"Saya memantau keadaan, beberapa kawasan di Kelantan yang mula dinaiki air dan memerlukan penduduknya dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
"Saya harap semua berhati-hati dan beri kerjasama kepada pihak berkuasa. Kerajaan akan pastikan bantuan tiba kepada yang memerlukan," katanya menerusi Twitter malam tadi.
-Berita Harian
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci