KASIH SEORANG AYAH TIDAK PERNAH PUTUS
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menziarahi makam anakanda baginda YAM Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru.
Keberangkatan tiba Tuanku Sultan Ibrahim di perkarangan makam berkenaan pada pukul 7.30 pagi tadi (17 Okt), disambut oleh Imam Makam Diraja, Masri Sapiran @ Sapuan.
Baginda akan meluangkan masa menziarahi makam anakanda Almarhum Tunku Abdul Jalil itu setiap pagi kecuali mempunyai urusan di luar negara.
Almarhum Tunku Abdul Jalil mangkat pada 5 Disember 2015 akibat kanser hati ketika berusia 25 tahun.
Upacara di Makam Diraja dimulakan dengan bacaan surah Yasin diikuti bacaan surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan al-Nas, sebelum diakhiri dengan bacaan surah al-Fatihah dan doa.
Tuanku Sultan Ibrahim dilihat sebak sebelum menyiram air mawar dan menabur bunga pada makam anakanda baginda.
Kredit Sultan Johor Page
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci