728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, 16 October 2017

    Dua Puak Jin Berjaya Ditangkap Untuk Selesaikan 'Api Misteri'




    Kehidupan seorang gadis dan keluarga yang diselubungi api misteri bakal berakhir susulan kejayaan seorang pengamal perubatan tradisional yang mendakwa berjaya menangkap dua puak jin yang menggangu Wan Nur Fatihah Wan Hanafi, 19, sejak beberapa tahun lalu.

    Pengamal perubatan tradisional, Saad Jaafar, 44, berkata, dia berjaya menangkap dua puak jin yang menganggu keluarga tersebut melalui rawatannya.

    “Puak yang pertama adalah puak jin yang berasal dari tapak rumah ini dan mengaku membakar rumah ini dengan alasan api adalah permainannya.

    “Satu lagi puak pula adalah saka ilmu kebidanan keluarga ini sendiri.

    "Jin-jin inilah yang mengganggu keluarga supaya mereka tidak tenteram dan berada dalam kegelisahan. Jin ini mengaku mengunting kain dan mencuri duit mereka,” katanya seperti dilaporkan SH Online, hari ini.

    Sebelum ini, kehadiran api misteri sering mengganggu kehidupan Wan Nur Fatihah sekeluarga sejak tahun 2012 yang tinggal di Kampung Penambang Bunga Emas, Kota Bharu.

    Kemunculan api misteri itu menyebabkan kejadian kebakaran termasuk memusnahkan sebuah kediaman mereka sebelum ini.

    Saad berkata melalui rawatannya semalam, Wan Nur Fatihah diberi peluang menyoal jin melalui pembantu Saad iaitu Mohd Azmi Adam yang akan bercakap mewakili jin.

    “Jin ini berpuak-puak. Insya-Allah, selepas ini tidak akan ada gangguan lagi terhadap keluarga ini,” katanya.

    Sementara itu, Wan Nur Fatihah dilaporkan mengakui dirinya tertekan dengan layanan masyarakat sekeliling berikutan ada yang takut kepadanya akibat gangguan makhluk halus yang dialami itu.

    Katanya, sejak gangguan itu, kehidupannya berubah dan tertekan akibat pandangan serong masyarakat terhadapnya serta keluarga.

    "Mana-mana saya pergi, orang jadi takut sebab mereka takut api muncul. Sejak rumah terbakar, adalah juga nak sewa rumah lain tapi payah sebab orang anggap jin itu ada dengan saya. Sampaikan hendak ke kedai runcit pun orang takut.

    "Saya sendiri berusaha bermacam-macam cara untuk menghindarinya dan setakat ini, api tu hanya mengganggu saya dan tidak mengganggu orang lain, jadi janganlah takut pada saya atau merumitkan lagi keadaan," katanya dipetik sebagai berkata.

    Menurutya, dia sendiri trauma kesan daripada kebakaran tempat tinggalnya dan berharap agar tragedi itu adalah yang terakhir.

    “Selepas kebakaran besar bulan lalu, berlaku kebakaran kecil pada tuala di rumah ibu saudara dan jaket abang di dalam kereta pada Sabtu lalu. Tapi tiga hari kebelakangan ini, tiada barang terbakar.

    "Saya harap sudah tidak ada lagi barang yang terbakar selepas ini kerana saya sendiri tidak mahu perkara seperti ini. Takkan saya suka-suka nak bakar rumah. Jadi, saya pun harap masyarakat fahami keadaan saya," katanya.


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Dua Puak Jin Berjaya Ditangkap Untuk Selesaikan 'Api Misteri' Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top