728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday, 15 October 2017

    ‘choking game’ Ini Boleh Bawa Maut





    Permainan ‘choking game’ yang tular di media sosial baru-baru ini boleh membawa maut.

    Tindakan menekan dada dengan kuat hingga tidak bernafas selama beberapa saat itu boleh mengundang maut pada kali pertama dilakukan.

    Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd, Dr Zubaidi Ahmad berkata, permainan tersebut perlu dihentikan kerana ia terlalu bahaya.

    “Biasanya 'choking' ini dikaitkan dengan menekan secara kuat di bahagian leher seseorang.

    "Kesan daripada tekanan itu, akan menyebabkan hilang nafas selama beberapa saat, namun ada juga yang mengundang maut.

    “Sama jugalah konsepnya dengan permainan yang menjadi tular hari ini. Aktiviti sebegini juga boleh menjadi lebih bahaya apabila jantung berada dalam selaput pericardium," katanya.

    Beliau berkata, apabila dada ditekan, jantung tidak boleh berdegup dengan baik hingga menyebabkan kematian secara mengejut.

    Katanya, tanda-tanda kekurangan oksigen adalah muka bertukar biru, salur darah kecil di bahagian mata pecah, luka di bahagian kulit juga pecah dan petechiae iaitu bintik-bintik merah akibat pendarahan di dalam kulit.

    Dr Zubaidi berkata, kebiasaannya apabila berlaku kes kematian mengejut, forensik akan dilakukan di mana doktor akan melihat sama ada 'choking' atau keracunan.

    “Jika salur darah pecah biasanya 'chocking' ia nampak seronok, apabila tidak bernafas dalam masa beberapa saat.

    “Inilah hypoxic iaitu kekurangan oksigen. Oksigen yang tidak sampai ke otak boleh menyebabkan seseorang itu mengalami strok dan kecacatan kekal,” katanya.

    Selain itu, katanya, ramai tidak tahu apabila dada dihempap dengan sesuatu yang kuat, paru-paru tidak boleh mengembang.

    "Kebiasaannya apabila kita tarik nafas, paru-paru akan mengembang.

    “Tetapi apabila ditekan, paru-paru tidak boleh mengembang, akibatnya tidak berlaku pertukaran oksigen dan karbon dioksida,” katanya.

    Beliau berkata, perkara itu sebenarnya mengikut ketahanan badan seseorang.

    “Namun, kita tidak tahu sejauh mana badan kita mampu bertahan apabila dihempap. Mungkin mereka berasakan sekali buat dah OK dan mahu mencubanya buat kali kedua.

    “Tetapi mereka tidak tahu, kesan pada kali kedua dan seterusnya itu boleh juga terjadi patah tulang rangka yang menyebabkan pendarahan pada paru-paru,” katanya.

    Menurutnya, daya hempap yang kuat juga boleh menjadikan paru-paru bocor akibat berlakunya pendarahan.

    Katanya, darah tidak berhenti akan menjadikan seseorang itu demam dan akhirnya membawa maut.

    “Ia bergantung kepada ketahanan badan seseorang, tetapi kita tidak tahu sejauh mana badan kita.

    "Tetapi, lebih bahaya kepada mereka yang menghidap asma. Namun, perlu diingat, aktiviti ini sebenarnya memang terlalu bahaya,” katanya.

    Terdahulu, tular di media sosial mengenai 'choking game' ini dan ia dikatakan menjadi aktiviti yang menyeronokkan bagi pelajar-pelajar sekolah.

    - Sinar Harian


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: ‘choking game’ Ini Boleh Bawa Maut Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top