728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, 11 September 2017

    Rihanna Menyesal Hilang Dara Sebelum Kahwin





    Baru-baru ini Rihanna mendedahkan satu perkara yang paling dikesali dalam hidupnya. Penyanyi kelahiran Barbados ini mengaku menyesal kerana telah kehilangan dara sebelum berkahwin.


    Pengakuan tersebut diungkap RiRi sendiri ketika ditemubual oleh David Copperfield dalam satu wawancara bersama Elle.


    "Saya tidak bergurau, ini adalah tawaran yang betul, saya boleh menghilangkan kamu dan muncul kembali di mana pun di dunia ini.


    "Ke mana kamu ingin pergi, dan mengapa?", tanya Copperfield kepada Rihanna.


    Seolah-olah teringatkan masa lalu, RiRi memberikan jawapan yang menggambarkan penyesalan yang amat sangat dalam dirinya.


    "Sepuluh minit sebelum saya kehilangan dara saya... Dan saya memegang kata-kata kamu mengenai tawaran itu itu," jawabnya.


    Bagaimanapun, pelantun lagu Wild Thought ini enggan berkongsi lanjut mengenai hal tersebut. Sebaliknya dia lebih senang berkongsi mengenai barang kecantikan seperti gincu dan korset.


    "Gincu selalu membuat saya bermasalah. Sewaktu kecil dan remaja, saya selalu teringin memakainya. Sekarang gincu seperti senjata rahsia kecil saya!", katanya.


    Selain itu, penyanyi berusia 29 tahun ini mengakui memakai korset adalah perkara paling gila yang pernah dicubanya demi mahu kelihatan cantik.








    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Rihanna Menyesal Hilang Dara Sebelum Kahwin Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top