728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, 12 September 2017

    Para ASEAN KL 2017 : KJ Mahu Juara Berganda!





    Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meletakkan sasaran pasukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 juga mampu memberikan kemenangan.

    Ujarnya, atlet paralimpik negara juga boleh membuktikan  mereka juga mampu untuk meriah sasaran sebanyak 103 pingat emas.

    “Kali ini (Para KL2017) adalah giliran kontinjen paralimpik negara pula untuk membuktikan bahawa mereka boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kontinjen Sukan SEA yang lalu.

    “Kita mahu mereka menunjukkan kemampuan mereka kepada dunia. Dengan perhatian dan bimbingan daripada semua pihak yang bekerja keras membentuk kontinjen ini, tidak ada sebab untuk mereka gagal menyinar pada pertandingan kali ini.

    “Saya mahu mereka tekadkan semangat kerana saya percaya mereka mampu menjadi faktor kebanggaan rakyat Malaysia dengan kesungguhan yang akan dipamerkan,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Akhir Kontinjen Malaysia ke Sukan Para ASEAN di ibu negara malam tadi.

    Tambah Khairy, kesemua atlet paralimpik harus dijadikan KL2017 landasan kepada semua atlet untuk membuktikan bahawa mereka layak menjadi wira negara di persada sukan antarabangsa.

    “Sasaran 103 pingat emas telah diletakkan dan dikaji secara terperinci, jadi saya mengharapkan penyertaan mereka bukanlah semata-mata untuk membuktikan kemampuan dalam acara masing-masing, tetapi juga turut mengutamakan imej dan nama Malaysia terus harum di ‘rumah’ kita sendiri,” tambah beliau.

    Seramai 326 atlet bersama 167 pegawai terlibat dalam 16 jenis sukan.

    Pada Sukan Para ASEAN 2015 di Singapura, Malaysia berjaya melepasi sasaran 50 pingat.

    Ketika itu, atlet Para Malaysia meraih 52 emas; 58 perak dan 37 gangsa.

    Para KL2017 mempertaruhkan 289 pingat emas dengan penyertaan daripada 11 negara.

    Temasya sukan paralimpik ini akan bermula 17 September depan dan berakhir 23 September.

    “Upacara pembukaan dan penutup akan diadakan di Stadium Bukit Jalil secara percuma malah semua acara Sukan Para ASEAN 2017 tidak akan dikenakan bayaran.

    “Namun begitu sebagai mekanisma keselamatan, setiap mereka yang hadir perlu ada tiket untuk ke upacara pembukaan,” tambah Khairy.

    Untuk itu juga, sebanyak 1,300 tempat duduk khas bagi mereka yang berkerusi roda juga disediakan di semua lokasi pertandingan.

    Malah kira-kira 4,000 sukarelawan terpilih akan diberikan tugasan khas bagi menjaga orang awam kelainan upaya dan pada atlet paralimpik di lokasi.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga akan turut hadir dalam upacara pembukaan pada 17 September depan.

    Pada KL2017, pasukan Sukan SEA Malaysia berjaya meraih 145 pingat emas sekaligus melepasi sasaran 111 pingat emas sebelum ini.


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Para ASEAN KL 2017 : KJ Mahu Juara Berganda! Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top