SEORANG lelaki dilaporkan mati terkejut apabila terjatuh semasa sedang asyik mengintai seorang wanita yang sedang mandi.
Lebih teruk lagi, wanita tersebut dikenali sebagai Dahlia itu merupakan isteri jirannya sendiri.
Insiden itu dilaporkan berlaku di Jawa Barat, Indonesia.
Menurut Dahlia, dia ternampak sepasang mata yang sedang mengintai di celah tingkap bilik mandi rumahnya. Apa yang mengejutkan lagi ialah lelaki tersebut hanya berseluar dalam sahaja.
Perkara itu membuatkan Dahlia terkejut dan terus menjerit memanggil suaminya.
Lelaki yang berusia 46 tahun itu dijumpai tidak sedarkan diri oleh isterinya di belakang rumah sewa mereka. Isterinya yang terdengar jeritan ketakutan tersebut terus bergegas ke belakang rumah untuk lihat apa yang berlaku.
Lelaki dikenali sebagai Ajun itu menjadi ketakutan selepas perbuatannya terbongkar hilang kawalan dan terjatuh sehingga tidak sedarkan diri. Namun, dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Dalam pada itu, hasil bedah siasat menunjukkan Ajun mati mengejut akibat sakit jantung.
Walau bagaimanapun, laporan polis telah dibuat dan mereka masih giat mengumpul maklumat dan keterangan saksi serta beberapa orang lagi.
Hasil siasatan polis, mereka mendapati ini bukan kali pertama lelaki tersebut berpelakuan sebegini. Menurut penduduk di situ, Ajun memang dikenali dengan sikapnya yang suka mengintai orang mandi di kawasan tersebut. -MNH
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci